Polis ‘pelancong’ ditempatkan di lokasi tumpuan

Polis ‘pelancong’ ditempatkan di lokasi tumpuan

Polis Kuala Lumpur akan menempatkan 50 polis sukarelawan (PVR) di lokasi-lokasi tumpuan pelancong asing bagi membantu mereka yang menghadapi masalah semasa berada di negara ini.

Polis Kuala Lumpur akan menempatkan 50 polis sukarelawan (PVR) di lokasi-lokasi tumpuan pelancong asing bagi membantu
mereka yang menghadapi masalah semasa berada di negara ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Zulkifli Abdullah berkata pengambilan PVR itu kini dalam proses temu bual dan mereka yang terpilih akan ditempatkan di lokasi tumpuan pelancong sekitar bandaraya dalam masa terdekat.

“Mereka yang dipilih adalah yang fasih berbahasa Arab dan Mandarin selain Bahasa Inggeris dan kita juga mengadakan kursus bahasa kepada anggota yang dipilih bagi tujuan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi dialog bersama Gabungan Persatuan Pelancongan Malaysia semalam, yang dijalankan bagi membincangkan kesukaran yang dihadapi agensi pelancongan.

See also  AITX Asia Interactive Travel Expo brings affordable travel

Katanya selain itu, pihaknya juga akan melantik seorang polis pengantara untuk bekerjasama dengan agensi pelancongan dalam menyelesaikan sebarang perkara yang berbangkit.

“Pegawai ini akan berbincang dengan wakil dari agensi pelancongan mengenai masalah-masalah yang mereka hadapi,” katanya.

– Bernama