Masalah sampah semakin teruk di Taman Sri Kolam

Masalah sampah semakin teruk di Taman Sri Kolam

Lebih 100 penghuni Taman Sri Kolam memohon pihak berkuasa tempatan (PBT) menyelesaikan segera masalah sampah yang tidak dikutip sejak beberapa minggu lalu.

Lebih 100 penghuni Taman Sri Kolam memohon pihak berkuasa tempatan (PBT) menyelesaikan segera masalah sampah yang tidak dikutip sejak beberapa minggu lalu.

Tinjauan ke kawasan itu mendapati longgokan sampah bertimbunyang menyebabkan penghuni terpaksa menghidu bau busuk saban hari.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Rata-rata penghuni yang ditemui melahirkan rasa kecewa dan tidak puas  hatidengan perkhidmatan penyelenggaraan sampah-sarap itu kerana ia tidak dikutip  mengikut jadual sehingga menimbulkan bau busuk dan kurang selesa terhadap penghuni.

Keadaan menjadi semakin parah apabila beberapa saluran paip  bocormenyebabkan air membasahi sampah yang menyebabkannya berulat.

Wakil penduduk, Sabihah Alias, 28, berkata masalah sampah yang tidak dikutip mengikut jadual itu bukan masalah baru, malah ia semakin meruncing apabila cuti umum.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

“Kita sudah buat beberapa aduan kepada pihak yang berkenaan tapi masih tiadatindakan diambil. Saya harap sangat perkara ini dapat diselesaikan segera keranaia  bukan sahaja membabitkan bau busuk tetapi juga faktor kesihatan keranabimbang ia menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semalam.

Seorang daripada penghuni taman itu, Siti Hajar Mohd Johar, 19, berkatasampah yang bertaburan di atas jalan dan sekitar tempat sampah juga tidakdibersihkan.

“Ia mengganggu kehidupan seharian kami. Jadi, saya berharap perkara ini tidak dibiarkan berlarutan,” kata pelajar di sebuah institusi di bandar raya.

– Bernama