MPKB kutip 1,600 tan sampah musim raya

MPKB kutip 1,600 tan sampah musim raya

Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mengutip 1,600 tan sampah sehari dalam tempoh dua minggu semasa musim sambutan Aidilfitri baru-baru in.

Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mengutip 1,600 tan sampah sehari dalam tempoh dua minggu semasa musim sambutan Aidilfitri baru-baru in.

Penolong Pengarah Perhubungan Awam MPKB-BRI Azman Mohd Daham berkata jumlah sampah itu meningkat empat kali ganda berbanding hari biasa.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Pada hari biasa, jumlah sampah domestik terkumpul di daerah ini ialah 400 tan sehari namun pada hari raya ini, ia bertambah empat kali ganda menjadikannya kira-kira 1,600 tan sampah,” katanya kepada pemberita, di sini.

Beliau berkata MPKB-BRI melakukan kutipan sampah domestik dua kali seminggu di 145 kawasan kediaman dan penduduk disaran hanya mengeluarkan sampah dari rumah pada hari kutipan di kawasan mereka.

“Selagi mereka tidak mematuhi jadual kutipan sampah di kawasan masing-masing, sehingga itulah masalah longgokan sampah tidak akan selesai sampai bila-bila,” katanya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

– Bernama