Mayat lelaki ditemui di Taman D.R Seenivasagam

Mayat lelaki ditemui di Taman D.R Seenivasagam

Mayat lelaki dengan beberapa kesan kecederaan di badan ditemui di Taman D.R Seenivasagam, hari ini.

Mayat lelaki dengan beberapa kesan kecederaan di badan ditemui di Taman D.R Seenivasagam, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Dzuraidi Ibrahim berkata mayat lelaki keturunan India berusia dalam lingkungan 30-an itu ditemui pada pukul 8 pagi oleh orang awam yang berjoging di kawasan itu.

Terdapat kesan kecederaan di dahi dan perut lelaki itu akibat dibakar, katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata mayat lelaki yang belum dikenalpasti identitinya itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Dzuraidi meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, di talian 05-2451500 bagi membantu siasatan.

– Bernama