Anggota polis Cawangan Narkotik Tawau terkorban

Anggota polis Cawangan Narkotik Tawau terkorban

Seorang anggota polis dari Cawangan Narkotik maut selepas terkena kejutan elektrik semasa mengejar seorang lelaki
disyaki pengedar dadah yang sangat dikehendaki, di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas, semalam.

Seorang anggota polis dari Cawangan Narkotik maut selepas terkena kejutan elektrik semasa mengejar seorang lelaki
disyaki pengedar dadah yang sangat dikehendaki, di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas, semalam.

Dalam kejadian 12.50 tengah hari itu, Lans Koperal Mohamad Fadzly Haneda Aden, 30, yang dikejarkan ke Hospital Tawau oleh rakan setugas dan penduduk kampung disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital tersebut.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Ibrahim Chin ketika ditemui di Hospital Tawau, berkata Mohamad Fadzly bersama sepasukan anggota Cawangan Narkotik pergi ke kampung itu bagi memburu seorang pengedar dadah.

Suspek yang berusia 30 tahun bertindak melarikan diri ke kawasan deretan rumah setinggan apabila ternampak pasukan polis, dan semasa mengejar lelaki itu Mohamad Fadzly telah mengangkat beberapa wayar elektrik yang disambung secara
haram, katanya.

Beliau berkata allahyarham yang terkena kejutan elektrik kemudian terjatuh dan tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke hospital.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Bagaimanapun kata Ibrahim, usaha allahyarham tidak sia-sia kerana suspek tersebut berjaya ditahan oleh rakan setugas beliau.

Mohamad Fadzly yang berpindah ke Ibu Pejabat Daerah Polis Tawau sejak April tahun lepas meninggalkan seorang balu dan dua anak yang berumur tiga dan satu tahun.

Ibrahim juga meminta pihak berkenaan agar mengambil iktibar daripada kejadian yang menimpa Mohamad Fadzly serta menggesa Sabah Electricity Sdn Bhd mengambil langkah sewajarnya menangani masalah sambungan elektrik haram di kawasan terbabit.

– Bernama