Calar kereta orang, maut ditetak

Calar kereta orang, maut ditetak

Gara-gara mencalarkan kenderaan, seorang lelaki maut dipercayai akibat ditetak beberapa kali di bahagian badan dalam satu kejadian Selasa lepas.

Gara-gara mencalarkan kenderaan, seorang lelaki maut dipercayai akibat ditetak beberapa kali di bahagian badan dalam satu kejadian Selasa lepas.

Ketua Polis Tawau ACP Ibrahim Chin berkata kejadian berlaku kira-kira 10 malam, selepas lelaki berusia lingkungan 30-an itu mencalarkan kenderaan yang diletak di Lorong 9, Taman Semarak.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Lelaki itu yang dipercayai melakukan vandalisme ke atas dua kenderaan terbabit dikejar oleh seorang lelaki lain menghala ke Lorong 2, yang kemudian bertindak menetaknya, kata Ibrahim kepada Bernama, hari ini.

Akibat tetakan tersebut, mangsa putus satu jari tangan namun dia masih berupaya melarikan diri sambil dikejar oleh sekumpulan pemuda yang menyedari perbuatannya sebelum itu.

Mangsa kemudian terjatuh dan dipercayai sekali lagi ditetak bertalu-talu sebelum kejadian disedari orang ramai yang menghantarnya ke Hospital Tawau dan disahkan meninggal dunia pada pukul 2.30 pagi.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Sehubungan itu, Ibrahim meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut agar tampil membantu siasatan.

– Bernama