Membudayakan masyarakat dengan Pekan Frinjan 21

Membudayakan masyarakat dengan Pekan Frinjan 21

Pekan Frinjan adalah salah satu inisiatif kelompok Frinjan bertujuan untuk membudayakan masyarakat, akan diadakan pada 4hb Jun di Laman Budaya Shah Alam, bermula 5 petang.

Pekan Frinjan adalah salah satu inisiatif kelompok Frinjan bertujuan untuk membudayakan masyarakat, akan diadakan pada 4hb Jun di Laman Budaya Shah Alam, bermula 5 petang.
Pekan Frinjan 21 membawa pelbagai aktiviti seni dan kebudayaan terus kepada masyarakat umum, khususnya di laman massa dan jalanan, bertemakan mempersembahkan seni dan budaya dalam bentuk “pop”.
Menurut penganjur Pekan Frinjan 21, aktiviti seperti ini amat penting dalam membentuk sebuah negara dan persekitaran yang bertamadun dan tidak hanya mementingkan pembangunan ekonomi semata-mata.
Frinjan turut berhasrat untuk memanfaatkan seni sebagai medium pemerkasaan anak-anak muda untuk mendepani pemasalahan yang berlaku di mana-mana.
Pekan Frinjan 21 kali ini dianjurkan oleh Komuniti Frinjan melalui Oxygen Media dengan sokongan Tourism Selangor dan turut dibantu oleh MBSA .

 

See also  Selamat Hari Raya Aidilfitri from Citizen's Journal

Facebook: http://www.facebook.com/frinjan
Blog: http://frinjan.blogspot.com/