JPJ: Penguatkuasaan automatik bergantung kepada ketelusan

JPJ: Penguatkuasaan automatik bergantung kepada ketelusan

Timbalan Menteri Pengangkutan Abdul Rahim Bakri berkata unsur ketelusan adalah penting dalam pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dikendalikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Timbalan Menteri Pengangkutan Abdul Rahim Bakri berkata unsur ketelusan akan menjadi elemen penting dalam pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dikendalikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Beliau berkata kesemua 566 kamera statik yang dipasang di lokasi yang selalu berlaku kecelakaan atau ‘blackspot’ dan 266 kenderaan penguatkuasa elektronik bergerak akan menggunapakai peraturan operasi yang sama.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Ini termasuk pemasangan papan tanda amaran beberapa meter di hadapan bagi membolehkan pemandu mengetahui kewujudan kamera perangkap laju seperti yang biasa dilaksanakan di beberapa negara lain termasuk Singapura, katanya hari ini.

Abdul Rahim berkata sesuatu saman yang dikeluarkan adalah berasaskan gambar yang ditangkap oleh pemegang konsensi sumber luar wajib diverifikasi oleh agensi penguatkuasa iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan sebelum notis saman dikeluarkan oleh agensi terbabit dan bukan oleh syarikat sumber luar seperti didakwa sesetengah pihak.

Beliau berkata sistem itu yang akan beroperasi selewat-lewatnya hujung tahun ini, dijangka akan meningkatkan persepsi keberangkalian ditangkap ke tahap 90 peratus dan mengekang pemandu laju yang menjadi punca utama berlakunya kemalangan laut.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

– Bernama