Lelaki tikam kawan di Kota Marudu, Sabah

Lelaki tikam kawan di Kota Marudu, Sabah

Ketika kejadian, mangsa dan yang disyaki sedang duduk minum apabila salah faham tercetus diantara mereka lalu berlakunya pertengkaran.

Seorang lelaki telah ditahan oleh pihak polis kerana disyaki menikam kawannya dalam satu kejadian yang berlaku pada Ahad lepas di Kampung Bunsadan, dekat sini.

Ketika kejadian, mangsa dan yang disyaki sedang duduk minum apabila salah faham tercetus diantara mereka lalu berlakunya pertengkaran.

Ketua Polis Daerah, DSP Mohd Isa Yusof memberitahu wartawan bahawa, pertengkaran tersebut telah menyebabkan orang yang disyaki hilang pertimbangan lalu mengambil sebilah pisau dan menikam mangsa di dada kiri sebelum melarikan diri.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Isa berkata, ” Pihak polis kemudiannya berjaya memberkas orang yang disyaki tersebut di rumahnya di Kampung Goshen pada keesokkan harinya.

Bapa mangsa kemudiannya telah membuat laporan polis.”

Dilaporkan bahawa mangsa kini berada di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu dan berada dalam keadaan yang stabil.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

 

 

Gary Louis Supi