PTI dipenjara kerana guna MyKad orang lain

PTI dipenjara kerana guna MyKad orang lain

Roslan Osman,35, dipenjarakan selama 3 bulan setelah mengaku bersalah di hadapan Timbalan Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi, Ferhansha Farene Mohd Ferdaus

Mahkamah Majistret Kota Kinabalu telah memenjarakan seorang lelaki Filipina di atas kesalahan menggunakan MyKad kepunyaan seorang wanita tempatan untuk mencari pekerjaan.

Roslan Osman,35, dipenjarakan selama 3 bulan setelah mengaku bersalah di hadapan Timbalan Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi, Ferhansha Farene Mohd Ferdaus.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Roslan dituduh menyalahgunakan MyKad kepunyaan Siti Kamisah Nunung pada jam 9.50 pagi, 26 Jun 2011, di kawasan Parkwell, Jalan Stephens Tan di sini.

Timbalan Pendakwa Raya S. Thilaga, memberitahu mahkamah bahawa cap jari MyKad itu tidak sama dengan cap jari Roslan setelah pemeriksaan dengan Jabatan Pendaftaran Negara.

Roslan didakwa mengikut Peraturan 25(1)(0) Peraturan Pendaftaran Negara 1990, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda minimum RM3000 dan maksimum RM20,000 jika sabit kesalahan.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Dia diperintah dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas dia menjalani hukumannya.

 

Clifford Jeffery