RM350,000 untuk naik taraf pondok moden Jeli

RM350,000 untuk naik taraf pondok moden Jeli

Pusat Dakwah yang dikenali sebagai Pondok Moden Jeli di sini, yang semakin menjadi tumpuan orang ramai termasuk dari beberapa negara Islam lain untuk melaksanakan aktiviti dakwah, kini sedang dinaik taraf.

Pusat Dakwah yang dikenali sebagai Pondok Moden Jeli di sini, yang semakin menjadi tumpuan orang ramai termasuk dari beberapa negara Islam lain untuk melaksanakan aktiviti dakwah, kini sedang dinaik taraf.

Pengurus Pondok Moden Jeli Ismail Jusoh berkata Anggota Parlimen Jeli yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi peruntukan kira-kira RM350,000 untuk menambah baik prasarana selain membina sebuah dewan baru.

“Kemudahan dan prasarana yang lebih baik di Pondok Moden akan memberi lebih keselesaan kepada masyarakat untuk berdakwah dan menjalankan aktiviti keagamaan,” katanya hari ini.

Beliau berkata dewan itu siap dibina penghujung tahun lalu dan beberapa prasarana lain seperti pertambahan tandas, pagar dan kawasan parkir sedang dilaksanakan.

See also  AI-powered supercomputers to drive future-ready universities

Pondok Moden kini menjadi tumpuan untuk aktiviti pendidikan agama dan dakwah selain turut menyumbang kepada kemajuan pelajar mendapatkan ilmu menerusi pengisian seperti Kem Kepimpinan, Kursus, Kem Kecemerlangan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Pondok Moden Jeli, yang diilhamkan Mustapa di Kampung Jenub, Bukit Bunga, di sini, menjadi mercu tanda baru pembangunan agama dan dakwah bagi kawasan Parlimen Jeli.

Sehingga kini Pondok Moden diibaratkan sebagai satu pusat keilmuan yang menjalankan kegiatan tetap dan berkala termasuk keagamaan, dakwah, motivasi, kemasyarakatan dan pembentukan akhlak mulia menerusi bimbingan beberapa tenaga pengajar jemputan khas.

See also  APU and apoQlar to transform XR healthcare education

-Bernama