LHDN: Jangan terpedaya dengan helah bayaran balik cukai

LHDN: Jangan terpedaya dengan helah bayaran balik cukai

Para pembayar cukai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan tawaran bayaran balik cukai yang terlebih bayar daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang kononnya dihantar melalui e-mel jabatan tersebut.

Pengarah Komunikasi Korporat LHDNM, Mazlan Wan Chik berkata, e-mel palsu yang dihantar kepada pembayar-pembayar cukai tersebut menyatakan bahawa mereka layak mendapat bayaran balik berjumlah tujuh ratus ringgit yang turut meminta mereka untuk melawat ke satu lagi laman sesawang bagi tujuan memberikan butiran diri dan nombor akaun bank.

Mazlan menegaskan bahawa LHDNM tidak pernah menghantar sebarang e-mel seumpama itu. Kegiatan ini disifatkan sebagai pencerobohan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi tujuan untuk mencuri maklumat dan wang para pembayar cukai.

Unit Keselamatan ICT, Jabatan Teknologi Maklumat LHDNM telah pun melaporkan hal itu kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang telah berjaya mengesan aktiviti tersebut. SKMM berjaya membuat pintasan dan menutup percubaan kali ketiga tersebut untuk menipu pembayar cukai.

Mazlan berkata, “ Setiap data dan maklumat pembayar cukai adalah dijamin dan selamat dalam simpanan LHDNM. Sebarang pertanyaan berkaitan hal tersebut boleh diajukan kepada Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM di talian 1-300-88-3010 atau melalui e-mel [email protected].”

Gary Louis Supi