Warga emas tidak harus dipinggirkan

Warga emas tidak harus dipinggirkan

Kelompok warga emas tidak harus dipinggirkan kerana mereka merupakan kumpulan berharga dan mempunyai pengalaman yang berguna untuk semua lapisan masyarakat.

Kelompok warga emas tidak harus dipinggirkan kerana mereka merupakan kumpulan berharga dan mempunyai pengalaman yang berguna untuk semua lapisan masyarakat.

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Muda,Ir Kamaruzzaman Johari berkata, warga emas perlu sentiasa diberi perhatian untuk memastikan golongan itu tidak terpinggir dalam pembangunan negara kelak.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Menurutnya,melalui perhatian dan bantuan yang diberikan,ia secara tidak langsung membantu golongan itu meneruskan hidup dengan lebih sempurna bersama insan lain.

“Warga emas merupakan aset yang tidak ternilai terutama pengalaman dan ia sangat berharga untuk masyarakat dan negara.

“Malah program yang kita adakan ini juga secara tidak langsung dapat menerapkan nilai-nilai murni di kalangan generasi muda untuk sentiasa menghargai golongan ini,” katanya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Beliau berkata demikian ketika menghadiri program sumbangan kepada golongan itu di sini.

Pada program itu,sebanyak 20 keluarga sekitar kawasan ini menerima bantuan berupa wang ringgit dan barangan keperluan lain.