Wanita OKU: Peneraju Pembangunan Masyarakat Mampan

Wanita OKU: Peneraju Pembangunan Masyarakat Mampan

Sambutan hari wanita Orang Kurang Upaya (OKU) kali pertama bertemakan Wanita OKU: Peneraju Pembangunan Masyarakat Mampan akan diadakan di Petaling Jaya pada 27 Mac ini.

Sambutan hari wanita Orang Kurang Upaya (OKU) kali pertama  bertemakan Wanita OKU: Peneraju Pembangunan Masyarakat Mampan akan diadakan di Petaling Jaya pada 27 Mac ini.

Jurucakap penganjur, Tiew Way Keng berkata tema berkenaan selaras dengan komitmen Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk melibatkan penyertaan semua golongan masyarakat termasuk wanita OKU.

Menurutnya, program akan berlangsung jam 8 pagi hingga 1 petang bertempat di bilik seminar satu, dua dan tiga, tingkat satu ibu pejabat MBPJ.

“Saya berharap golongan OKU wanita sekitar Petaling Jaya dapat menyertai kerana mereka yang berdaftar boleh menikmati pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh PBT.

“Antaranya sambutan seperti cabutan bertuah, seminar, pemberian kad rawatan kesihatan percuma dan pengangkutan turut disediakan,” katanya yang juga Ahli majlis Zon 6 MBPJ pada sidang media, hari ini.

See also  Foodpanda celebrates Ramadan with delivery partners

Sambutatan wanita OKU dianjurkan bersama Beautiful Gate Foundation, Persatuan Berdikari Untuk Orang Kurang Upaya Selangor dan Persatuan Ibu Bapa OKU Malaysia.

Sementara itu, Presiden Persatuan Wanita Kurang Upaya Malaysia (PEWAKUM) Bathmavathi berkata cabaran paling besar golongan orang kurang upaya (OKU) di Malaysia pada hari ini adalah mendapat peluang pekerjaan.

Menurutnya, faktor yang menghalang OKU di Malaysia mendapatkan pekerjaan termasuklah sikap negatif dan diskriminasi ekoran kurangnya kesedaran mengenai keupayaan golongan tersebut.

“Melalui kemudahan pekerjaan, golongan OKU dapat menyumbang kepada ekonomi negara, tidak terpinggir dan ketinggalan dalam masyarakat,” katanya.

Selain itu, Bathmavathi berkata  ia juga merupakan satu bentuk pengiktirafan kerajaan bahawa golongan OKU merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat.

See also  KLEFF 2024 returns with focus on water sustainability

“Diharapkan sambutan pada kali ini mencapai objektif sebenar dan akan dianjurkan setiap tahun,” katanya.