Penduduk setinggan tuntut janji pampasan rumah

Penduduk setinggan tuntut janji pampasan rumah

Seorang bekas penduduk Setinggan Kampung Melayu Subang (Jalan PKNS) mendakwa masih lagi tidak mendapat pampasan dan rumah baru yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2005.

Seorang bekas penduduk Setinggan Kampung Melayu Subang (Jalan PKNS) mendakwa masih lagi tidak mendapat pampasan dan rumah baru yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2005.

Mangsa Haris Md Nor,  68,  berkata dia kini terpaksa duduk menyewa bilik bersama isteri dengan harga sewa RM 200 sebulan.

“Saya hanya menerima RM4,200 untuk sewa rumah lain selama setahun itu, tetapi pampasan dan RM7,000 dan rumah kos rendah baru yang dijanjikan sehingga kini masih tidak lagi diperolehi,” katanya ketika ditemui dekat sini.

Tambahnya di lokasi yang sama juga dia mempunyai dua buah unit rumah yang didiami oleh dua orang lagi isterinya.

”Pampasan yang diberikan hanya untuk sebuah rumah sahaja, sepatutnya saya layak untuk mendapatkan pampasan untuk rumah isteri yang lain namun sehingga kini tiada khabar berita mengenainya.

See also  Forest City Special Financial Zone to boost Johor’s growth

“Saya diberitahu rumah saya dan 54 pemilik terpaksa dirobohkan adalah disebabkan ianya dibina di atas tanah rezab sungai,” katanya

“Pampasan yang diberikan hanya untuk sebuah rumah sahaja, sepatutnya saya layak untuk mendapatkan pampasan untuk rumah isteri yang lain namun sehingga kini tiada khabar berita mengenainya,” katanya.

Selepas rumah saya di setinggan itu dirobohkan saya berpindah ke Subang Ihsan namun sekali lagi rumah saya dirobohkan kali ini atas tiket Setinggan Sifar Negeri Selangor pada masa itu.

“Saya tidak berpuas hati kerana saya operasi pemindahan ini tidak dibuat dengan telus dan hanya mahu menganiaya penghuninya dan kini hidup saya sudah jadi tidak menentu,” katanya.

See also  Forest City Special Financial Zone to boost Johor’s growth

Apa yang menghairankan tapak rumahnya di Subang Ihsan kini sudah dijadikan kandang lembu malah tanah-tanah yang pernah diduduki penduduk sebelum ini sudah dibina kilang-kilang.

”Saya harap tindakan dapat diambil oleh kerajaan negeri yang baru sekarang bagi memastikan segala isu di kawasan ini dapat disiasat dan mereka yang teraniaya dapat dibantu,” katanya.