Orang ramai dijemput sertai Hari Organik 26 Mac ini

Orang ramai dijemput sertai Hari Organik 26 Mac ini

Kordinator projek, Tan berkata tujuan hari organik diadakan dalam usaha untuk terus meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai gaya hidup organik dan kehidupan lestari.

Pusat Alam Sekitar, Teknologi dan Pembangunan Malaysia (CETDEM) akan menganjurkan sambutan program Hari Organik ke 6 pada 26 Mac ini.

Kordinator projek, Tan Siew Luang berkata program akan diadakan di Taman Pusat Bandar SS2 Petaling Jaya bersebelahan dengan pasar tani bermula jam 8.30 pagi hingga 2 petang.

Menurutnya, tujuan hari organik diadakan dalam usaha untuk terus meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai gaya hidup organik dan kehidupan lestari.

“Selain itu, bertemu secara langsung dengan para pengeluar tempatan terutamanya petani kecil-kecilan, pengguna, tukang masak, persatuan penduduk dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Penglibatan semua pihak secara tidak langsung menjadi satu rangkaian saling memahami kepentingan berkebun dan bertani dengan organik, cara memasak makanan secara sihat,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini.

See also  Stemcell First revolutionises cancer care and prevention

Tan berkata, hari organik juga berperanan sebagai tempat di mana para pengeluar tempatan dapat menjual makanan segar dan berkualiti pada harga berpatutan kepada pengguna.

Menurutnya, pelbagai perbincangan khusus dan demonstrasi seperti `cara kitar semula minyak masak, sisa dapur dan kebun`, Detoksifikasi, konsep hidangan perlahan-lahan, cara untuk membuat eko-enzim dan tips tentang cara memasak mudah, sedap dan sihat.

“Antara barangan organik yang dijual serta dipamerkan adalah buah-buahan, sayur-sayuran organik, baja kompos, bebih tumbuhan, roti buatan sendiri, hidangan tradisional, produk penjagaan peribadi dan produk kesihatan,” ujarnya.

Tan berkata pengunjung juga boleh mendaftar untuk menyertai aktiviti anjuran CETDEM termasuk lawatan kebun atau ladang, kelas membuat kuih atau masakan, kelas berkebun atau bertani serta banyak lagi.

See also  OncoCare brings top cancer care to Malaysia

Menurutnya, pihaknya menggalakan pengunjung membawa beg dan bekas makanan sendiri semasa mengunjungi program di mana masuk adalah percuma.

“Pada April dan Mei bulan depan, orang ramai sekitar Pulang Pinang dijemput menghadiri aktiviti tersebut,” katanya.

Sementara itu, wakil penduduk SS2 Selatan, Betty Chuah menyifatkan program yang akan diadakan ini dapat memberi kesedaran kepada penduduk sekitar Petaling Jaya mengetahui maksud sebenar organik.

Menurutnya, banyak aktiviti menarik disajikan kepada pengunjung menghadiri program ini.

“Semuanya terpulang kepada individu untuk menilai tahap keberkesanan dalam kehidupan seharian serta mendidik anak-anak di masa hadapan,” katanya.