I-Kiosk mudahkan orang ramai berurusan

I-Kiosk mudahkan orang ramai berurusan

Kewujudan I-Kiosk Bayaran adalah salah satu langkah efektif Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam usaha meningkat mutu perkhidmatan pelanggan kerana berfungsi 24 jam.

Kewujudan I-Kiosk Bayaran (EMBPS-Express Micro Bill Payment System) adalah salah satu langkah efektif  Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam usaha meningkat mutu perkhidmatan pelanggan di sini.

Yang Di Pertua MPK, Datuk Mislan Tugiu berkata kiosk yang beroperasi di Lobi MPK itu secara tidak langsung memudahkan penduduk berurusan kerana ia berfungsi 24 jam.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Menurutnya, selain memudahkan orang awam,kiosk itu juga menjimatkan masa,mengurangkan risiko dan mesra pengguna khususnya warga bandar di raja ini.

“Orang ramai perlu memanfaatkann kiosk ini kerana ia mempunyai cirri-ciri keselamatan yang berkesan selain daripada mampu memelihara setiap akaun pelanggan dengan teliti.

“Selain daripada itu,ia juga transmisi dan keselamatan data terpelihara serta mampu menerima bayaran secara kad bank (kad debit) serta kad kredit,” katanya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Mislan berkata, kiosk berkenaan juga menerima bayaran tunai,cek-cek peribadi dan syarikat serta dapat mengenalpasti permasalahan yang timbul semasa proses transaksi dijalankan.

Menurutnya, kemudahan yang diberikan itu adalah salah satu usaha majlis bagi memberi perkhidmatan terbaik disamping mengekalkan status pihak berkuasa tempatan (PBT) yang cemerlang di negeri ini.