Remaja mabuk tikam lelaki sehingga mati di Sandakan

Remaja mabuk tikam lelaki sehingga mati di Sandakan

Remaja berusia 16 tahun dijatuhkan hukuman penjara selama 14 bulan oleh Mahkamah Juvana selepas didapati bersalah menikam seorang lelaki sehingga mati.

Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun telah dijatuhkan hukuman penjara  selama 14 bulan oleh Mahkamah Juvana di sini selepas didapati bersalah menikam seorang lelaki sehingga mati.

Insiden itu telah dilakukan di hadapan sebuah restoran berdepan dengan Menara Wisma MPS di Bandar Sandakan pada lebih kurang jam 12 tengahari, 14hb Februari lepas.

Tertuduh, yang ketika itu dalam keadaan mabuk bersama dengan rakan-rakannya, telah bergaduh dengan mangsa  lalu menikamnya. Kesan tusukan tersebut mengenai bahagian kiri belakang mangsa.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Remaja tersebut kemudian cuba melarikan diri, tetapi hasil daripada kecekapan pasukan polis, beliau telah berjaya diberkas di dalam bilik sebuah kapal di perairan Sabindo di Tawau lebih kurang pukul 11.30 malam yang sama.

Hasil daripada siasatan yang dijalankan terhadap mangsa menunjukkan bahawa kematiannya disebabkan oleh kesan tikaman dengan kecederaan dan pendarahan dalam paru-paru.

Remaja tersbut didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 304(a) Kanun Kesiksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Pendakwaan kes dilakukan oleh pegawai pendakwa, Inspektor Kumaran A/L Nyanasagaran, di hadapan majistret Monica Linsua.

 

Gary Louis Supi