Pemain bola dapat tanah, sekolah Cina dapat sumbangan wang

Pemain bola dapat tanah, sekolah Cina dapat sumbangan wang

Kerajaan negeri Kedah telah memberi ganjaran satu lot tanah kepada pemain yang mewakili skuad kebangsaan dalam Piala Suzuki AFF 2010. Persatuan Sekolah-sekolah Cina pula akan mendapat sumbangan RM200,000 untuk menyelesaikan bil tertunggak mereka.

Kerajaan negeri Kedah semalam mengumumkan pemberian ganjaran satu lot tanah kepada lima pemain negeri itu yang mewakili skuad kebangsaan dalam kejohanan Piala Suzuki AFF 2010.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang mengumumkan perkara itu, berkata tanah seluas 1.7 hektar di Pokok Sena akan dibahagikan kepada lima pemain berkenaan.

“Kita akan bahagi lot-lot itu untuk setiap seorang pemain secara percuma,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini.

Selain tanah, lima pemain iaitu pemain sayap Mohd Khyril Muhymeen Zambri, pemain pertahanan Mohd Sabre Mat Abu dan Khairul Helmi Johari serta pemain tengah Mohammad Faizal Abu Bakar dan Amar Rohidan turut menerima ganjaran sebanyak RM5,000 seorang pada awal Januari lalu.

See also  Battle of the Reds: Legends share laughter and insights

Dalam perkembangan lain, Azizan turut mengumumkan sumbangan RM200,000 kepada di negeri ini untuk membantu mereka menyelesaikan tunggakan bil elektrik serta air.

Katanya peruntukan berkenaan adalah bagi 69 buah sekolah bantuan kerajaan(Sekolah Jenis Kebangsaan Cina) di negeri ini yang menghadapi kesulitan untuk menyelesaikan tunggakan bil bagi 2010.

Ketika ditemui selepas menerima cek sumbangan berkenaan, Pengerusi Persatuan Sekolah-sekolah Cina Kedah, Tan Kok Hooi berkata sekolah-sekolah yang mempunyai lebih 10,000 penuntut itu mempunyai tunggakan bil melebihi RM260,000 sepanjang tahun lalu.

“Baki lebih RM60,000 kami akan usahakan dengan mendapatkan dana daripada pihak lain pula,” katanya.

— BERNAMA