Hari Hak Pengguna: Kesedaran pengguna masih rendah

Hari Hak Pengguna: Kesedaran pengguna masih rendah

Ketua Seksyen Kepenggunaan Sabah, Fredolin Gilbert menyatakan bahawa kesedaran pengguna mengenai hak mereka semasa beli barangan atau perkhidmatan masih rendah. Program Jelajah Kuasa Pengguna diadakan selaras dengan sambutan Hari Hak Pengguna Sedunia pada Mac 15 setiap tahun.

Kesedaran orang ramai terhadap hak-hak mereka sebagai pengguna semasa membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan di pasaran masih berada pada tahap 60 peratus.

Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Seksyen Kepenggunaan Sabah, Fredolin Gilbert ketika Program Jelajah Kuasa Pengguna di sini kelmarin.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Fredoline berkata, “ Pengguna di negeri ini masih kurang peka akan hak-hak mereka yang diperuntukkan oleh undang-undang, dan peraturan-peraturan yang diwujudkan untuk melindungi mereka.”

Katanya lagi bahawa pengguna juga perlu mengambil kira hak untuk mendapatkan maklumat, membuat pilihan, menyuarakan pendapat, mendapatkan keperluan asas, mendapat gantirugi, mendapat pendidikan pengguna serta hak untuk menikmati persekitaran yang sihat dan selamat  berikutan Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia yang diraikan pada 15 Mac setiap tahun sejak 1983.

Oleh itu beliau menasihatkan para pengguna agar sentiasa berwaspada bagi membolehkan transaksi pembelian barangan atau perkhidmatan akan memenuhi aspirasi kedua-dua pihak, iaitu pembeli dan penjual, di dalam menjamin kepentingan masing-masing, katanya lagi sambil menambah bahawa kegagalan sistem pasaran dan institusi-institusi di dalamnya telah menyebabkan pengetahuan orang ramai akan hak-hak mereka adalah tidak tinggi.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

 

Gary Louis Supi