Petani dakwa rugi puluhan ribu kerana projek perumahan

Petani dakwa rugi puluhan ribu kerana projek perumahan

Petani di Alur Mengkudu Dalam, Alor Star mendakwa kerugian puluhan ribuan ringgit sejak projek perumahan Taman Keranji Fasa 1 dan 2 dimulakan sejak tahun 2009 berhampiran dengan bendang mereka.

Sekumpulan petani di Kampung Alor Mengkudu Dalam di sini mendakwa kerugian puluhan ribu ringgit semusim selepas sistem saliran ke sawah mereka tersekat akibat projek perumahan berhampiran.

Mereka yang ditemui pemberita hari ini mendakwa mengalami kerugian sejak empat musim lepas, setelah projek Taman Keranji Fasa 1 dan 2 siap pada awal tahun 2009.

Seorang pesawah, Mat Zahir Bakar berkata tanaman padinya terjejas di luar musim hujan kerana bekalan air tidak dapat disalurkan akibat kerosakan system saliran itu. Selain itu katanya, air buangan dari kawasan perumahan tersebut yang melimpah dan bertakung berhampiran sawah mereka menjejaskan mutu padi, serta menyebabkan banjir kilat di kawasan sekitar.

See also  Forest City gets boost with PM visit and future plans

“Pemaju Taman Keranji Fasa 2 telah berjanji membuat saliran dari bendang ke Sungai Kedah yang berdekatan tetapi setelah projek mereka siap janji tingga ljanji,” katanya.

Timbalan Ketua Umno Alor Setar, Mohd Guntor Tobeng Mansor Tobeng yang membawa kumpulan media meninjau kawasan itu, berkata masalah berpunca daripada ketiadaan sistem saliran yang baik di antara Fasa 1 dan Fasa 2 taman perumahan terbabit.

Keadaan itu katanya, menyebabkan kawasan sawah seluas 3.7 hektar yang terletak di antara kedua-dua taman menghadapi masalah kekurangan bekalan air pada musim kemarau selain berlaku limpahan air ketika musim hujan.

“Kerajaan negeri tidak boleh lepas tangan dan perlu mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi masalah ini dengan mendesak pemaju membina dan memulihkan sistem saliran,” katanya.

See also  Malaysia ranks 4th globally in skyscraper count

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan, Alor Mengkudu Dalam, Soib Abd Rahman berkata masalah banjir kilat yang berlaku akibat ketiadaan saliran itu turut menjejaskan kira-kira 500 penduduk berhampiran.

“Semua penduduk terbabit telah sepakat dan kami telah memaklumkan masalah ini kepada pemaju dan Majlis Bandaraya Alor Setar tetapi belum ada tindakan daripada mereka,” kata Soib.

— BERNAMA