Gara-gara masalah lipas, pasar raya besar diarah tutup

Gara-gara masalah lipas, pasar raya besar diarah tutup

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah mengambil tindakan menutup sementara bahagian buah-buahan sebuah pasar raya besar di Kelana Jaya akibat masalah lipas.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah mengambil tindakan menutup sementara bahagian buah-buahan sebuah pasar raya besar di Kelana Jaya akibat masalah lipas.

Penolong Pengarah Kanan Kesihatan MBPJ, Dr Chitra berkata tindakan ini diambil berikutan pihak pengurusan pasar raya yang gagal menjana tahap kebersihan walaupun pernah dikenakan tindakan kompaun sebanyak RM 250 pada 9 Mac lalu dengan merampas barangan yang telah luput tarikh.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Menurutnya, penutupan sementara selama dua minggu ini sehingga 28 Mac diambil MBPJ untuk memberi peluang kepada pihak pengurusan pasar raya melakukan kerja-kerja pembersihan dalam bangunan tersebut.

“Jika tindakan pembersihan berjaya dilaksanakan dalam masa terdekat ini pasar raya akan dibenarkan semula untuk beroperasi seperti biasa.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

“Jika keadaan ini dapat diperbaiki dalam masa terdekat bahagian ini boleh dibuka dalam masa sekurang-kurangnya tiga hari dan pihak berkenaan boleh memohon pemeriksaan semula untuk beroperasi,” katanya.

Chitra berkata,  manakala jika dalam tempoh dua minggu masalah ini tidak boleh diatasi tindakan seterusnya akan diambil pihak agensi penguatkuasa akan memberi lanjutan tempoh membaiki keadaan dan jika masih gagal juga tindakan mahkamah boleh diambil.

Menurutnya, tindakan ini diambil sebagai tindak balas aduan orang ramai pada 8 Mac lalu dengan menggunakan kuasa menutup sementara yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (MBPJ) 2007 UUK 62(1)(b).

“Ia juga memberi pengajaran kepada pengurusan pasar raya dan juga pengendali makanan di Petaling Jaya supaya mementingkan kebersihan dalam pengendalian makanan untuk menjamin keselamatan pengguna,” katanya.