Enam ratus warga asing menaiki tren Star LRT setiap hari

Enam ratus warga asing menaiki tren Star LRT setiap hari

Menurut sumber daripada kakitangan Rapid KL berkata daripada jumlah itu, sebahagian besar menggunakan perkhidmatan tren adalah warga asing dari negara Myanmar dan Bangladesh.

Gambar hiasan

 

Purata sehari orang ramai menggunakan perkhidmatan tren Star LRT pada hari am daripada Isnin hingga Jumaat sebanyak 900 penumpang.

Menurut sumber daripada kakitangan Rapid KL berkata daripada jumlah itu,sebahagian besar menggunakan perkhidmatan tren adalah warga asing dari negara Myanmar dan Bangladesh.

“Jumlah purata pengguna (warga asing) boleh dianggarkan 600 orang setiap hari,” ujar kakitangan yang sudah bekerja selama setahun.

Menurutnya, bagaimanapun, jumlah penumpang berbeza pada hari Sabtu dan Ahad iaitu menurun sebanyak 800 orang.

Ditanya mengenai faktor penurunan kadar penumpang, jelas sumber, ia berikutan orang ramai hanya menggunakan perkhidmatan tren ketika waktu bekerja.

Tinjauan komunitikini kira-kira jam 5 petang di tren star laluan Jalan Chow Sow Lin mendapati keadaan di stesen perhentian itu lengang.

Berdasarkan maklumat rambang diterima daripada orang ramai, faktor kurangkan kawalan dan pemantauan pihak berkuasa di pintu masuk tren Star LRT dan komuter mengakibatkan pengangkutan ini menjadi pilihan utama warga asing.

Ia berikutan pengangkutan bas tidak lagi relevan bagi warga asing kerana sekatan jalan raya dan masa perjalanan tidak menentu.

Sekiranya tidak percaya, cuba menaiki komuter daripada Klang ke Kl Sentral dan boleh melihat sendiri nisbah orang tempatan dan warga asing yang menggunakan pengangkutan itu.

Sementara itu, pelajar, Siti Norfatihah Razali, 16, ketika ditemui memberitahu keadaan di perhentian itu sesak dengan orang ramai pada waktu petang.

Menurutnya, beliau selalu menggunakan perkhidmatan tren untuk pergi dan pulang ke sekolah setiap hari.

‘Saya berharap pihak berwajib seperti anggota polis dapat melakukan pemantauan dan pemeriksaan keatas warga asing kerana bimbang keselamatan kerana bilangan warga asing semakin meningkat menaiki tren,” ujarnya.