Selangor lancar Skim Mikro Kredit MiMBAR bantu miskin bandar

Selangor lancar Skim Mikro Kredit MiMBAR bantu miskin bandar

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata MiMBAR adalah terbuka kepada penduduk kawasan bandar di Selangor yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 sebulan, di mana pemohon layak mendapat pinjaman maksimum RM5,000.

Kerajaan Negeri Selangor hari ini melancarkan sistem mikro kredit miskin bandar (MiMBAR) bagi membantu golongan berpendapatan rendah meningkatkan pendapatan mereka.

MiMBAR adalah terbuka kepada penduduk kawasan bandar di Selangor yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 sebulan, di mana pemohon layak mendapat pinjaman maksimum RM5,000.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim dalam ucapan pelancaran MiMBAR di sini hari ini berkata buat permulaan sejumlah RM20 juta diperuntukkan oleh kerajaan negeri bagi tabung itu yang antaranya bertujuan membantu usahawan kecil.

“Ini penting bagi memastikan miskin bandar di Selangor diberi persediaan untuk keluar daripada garis kemiskinan negeri iaitu memiliki pendapatan isi rumah bulanan melebihi RM1,500.”

Beliau berkata menjelang 2020, 90 peratus daripada Selangor akan menjadi kawasan bandar di mana barangan keperluan harian kebanyakannya perlu dibeli dan ini memerlukan ekonomi isi rumah yang kukuh.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Abdul Khalid berkata kejayaan skim ini bergantung kepada kepatuhan peminjam untuk membayar balik pinjaman yang diterima mereka.

– Bernama