Lelaki Filipina mati dibunuh di Sandakan

Lelaki Filipina mati dibunuh di Sandakan

Seorang lelaki rakyat Filipina ditemui mati dengan kesan tetakan di leher di Kampung Sabah Baru Batu 3 dekat sini hari ini.

Seorang lelaki rakyat Filipina ditemui mati dengan kesan tetakan di leher di Kampung Sabah Baru Batu 3 dekat sini hari ini.

Mayat Tony Sence, berusia dalam lingkungan 50-an ditemui oleh orang awam di kawasan lapang di kampung itu pada pukul 7 pagi.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marung berkata lelaki itu dipercayai diserang ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak tidak jauh dari tempat mayatnya ditemui.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Beliau berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

– Bernama

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →