Menu sihat menjadi pilihan cef – cef muda

Menu sihat menjadi pilihan cef – cef muda

PUTRAJAYA – Pertandingan yang memasuki tahun ke-22 ini bertujuan untuk menyemaikan tabiat makan dan memasak yang baik dalam kalangan anak-anak muda Malaysia.

Cef – cef muda dan berbakat besar berkumpul di dewan SMK Putrajaya 5 (1) untuk menyertai Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® (MSSCC) 2018 peringkat akhir negeri Putrajaya. Pertandingan yang memasuki tahun ke-22 ini merupakan kerjasama antara MAGGI® dan Kementerian Pendidikan (KPM), dan bertujuan untuk menyemaikan tabiat makan dan memasak yang baik dalam kalangan anak-anak muda Malaysia.

Pertandingan ini bertujuan menyemaikan tabiat makan dan memasak yang baik dalam kalangan anak-anak muda Malaysia.

Pusingan Akhir Negeri Putrajaya disertai oleh 10 pasukan yang dianggotai oleh pelajar-pelajar berumur 13-15 tahun. Berdasarkan tema ‘Anda dan MAGGI®, Sajikan Kelainan’. Cef muda yang berbakat ini memperlihatkan kemahiran kulinari mereka dengan menyediakan sajian masakan yang sihat dan menyelerakan untuk menambat hati pengadil.

Untuk menjadikan pertandingan ini lebih menyeronokkan, peserta diuji dengan Cabaran Kotak Misteri MAGGI® yang bertujuan untuk menguji kreativiti dan kemahiran dapur cef muda. Setiap pasukan perlu menyediakan sajian masakan yang lazat dan berkhasiat dengan menggunakan bahan dari kotak misteri mereka dan juga pelbagai produk MAGGI®, kesemuanya dalam hanya masa 30 minit.

Nur Fatini Mohd Nizam, 15 dan Nur Afiqah Rosli, 15 dari SMK Putrajaya Presint 16(1) muncul juara dengan hidangan Nasi Goreng Tom Yam, Paprik Ayam, Ikan Cukup Rasa bersama Salad serta MAGGI Goreng. Mereka bukan sahaja memenangi wang tunai RM500, tetapi juga memperoleh tempat dalam Pusingan Akhir Kebangsaan. Pasukan dari SMK Agama Putrajaya mendapat tempat kedua dan membawa pulang RM300 sementara satu lagi pasukan dari SMK Putrajaya Presint 16(1) mendapat tempat ketiga dan menerima RM200.

See also  Rose Duck Café: Chinese cuisine meets specialty coffee

“Kami teruja dan gembira kerana dinobatkan juara! Memandangkan juara bertahan turut mengambil bahagian dalam MSSCC tahun ini, kami tidak menjangka akan menang. Untuk hidangan kami, kami menggunakan sedikit minyak dan juga memastikan agar hidangan kami seimbang, iaitu berdasarkan piramid makanan. Kami pasti akan mencuba yang terbaik di Pusingan Akhir,” kata pasukan juara dari SMK Putrajaya Presint 16(1).

SMK Putrajaya Presint 16(1) muncul juara memenangi wang tunai RM500. Pasukan dari SMK Agama Putrajaya mendapat tempat kedua dan membawa pulang RM300 sementara pasukan dari SMK Putrajaya Presint 16(1) mendapat tempat ketiga

Menurut Puan Liew Pooi Wan, Pengurus Pemasaran MAGGI®, “Selama 22 tahun ini, MSSCC telah memberi manfaat kepada lebih 340,000 pelajar. Platform ini sememangnya memupuk penghargaan untuk memasak makanan lazat dan seimbang dalam kalangan anak muda Malaysia.”

Semasa pertandingan berjalan, para tetamu termasuk guru-guru, para pegawai pendidikan negeri dan pelajar lain yang hadir berpeluang menyaksikan demonstrasi memasak oleh Cef Muluk, Cef Eksekutif Korporat & Pengurus Latihan Nestlé. Guru-guru juga dapat menunjukkan kemahiran memasak mereka semasa sesi ini. Selain itu, Puan Nurul Iliani binti Ahmad, Pakar Pemakanan Kanan Nestlé Malaysia, menyampaikan ceramah nutrisi berdasarkan Piramid Makanan Malaysia, Pinggan Sihat Malaysia dan Kawalan Saiz Hidangan.

See also  GOLDBAR: KL's latest luxury fusion dining destination
Platform ini adalah untuk menggalakan memasak makanan lazat dan seimbang dalam kalangan anak muda Malaysia

Untuk meningkatkan lagi kesedaran terhadap tabiat makan yang sihat pada tahun ini, MAGGI® telah melancarkan portal pendidikan baharunya, Memupuk Masa Depan Lebih Sihat. Menerusi portal dalam talian ini, pelajar boleh mendapat akses kepada modul pendidikan tentang nutrisi, kaedah memasak yang sihat, dan juga pelbagai petua berguna lain. Buat pertama kalinya, platform ini juga membolehkan pelajar menyerahkan penyertaan mereka dalam talian untuk menyertai MSSCC. Sesungguhnya, inisiatif digital ini memberi peluang kepada lebih ramai lagi cef muda dari seluruh Malaysia untuk menyertai pertandingan ini.

Setiap pasukan mengidamkan tempat dalam Pusingan Akhir peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kedah dari 29-30 Oktober. Di Pusingan Akhir Kebangsaan, 16 pasukan dari seluruh Malaysia akan bertarung di dapur untuk mengharumkan nama sekolah dan negeri masing-masing. Pemenang Hadiah Utama akan menerima hadiah wang tunai RM3,000, peluang eksklusif untuk menyertai rancangan televisyen serta hadiah-hadiah bonus yang lain.

Avatar photo

CJMY

For any inquiries or to submit a press release, please send an email CJ Editor at [email protected].