DBKL lanjutkan tempoh bayaran kompaun 10 Mac depan

DBKL lanjutkan tempoh bayaran kompaun 10 Mac depan

Selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula melanjutkan tempoh bayaran kompaun trafik sehingga 10 Mac depan.

Selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula melanjutkan tempoh bayaran kompaun trafik sehingga 10 Mac depan.

Menurut Unit komunikasi korporat agensi penguatkuasan itu, ia selaras dengan keputusan kerajaan melanjutkan tempoh bayaran kompaun.

“Oleh itu orang ramai di minta untuk segera membayar kompaun tertunggak sebelum tarikh tersebut,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurut kenyataan itu, bayaran kompaun dikenakan sebelum tarikh akhir adalah sebanyak RM30 sahaja.

“Bagi orang ramai yang gagal membayar kompaun trafik tertunggak selepas tarikh di atas akan disenarai hitamkan,” katanya.

Pembayaran boleh dibuat dari jam 8 pagi hingga 5 petang setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad di kaunter bayaran DBKL seperti berikut.

1) Kaunter bayaran
Menara DBKL 1
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

2) Kaunter Bayaran
Menara DBKL 3
Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur

3) Kaunter Bayaran
Pejabat Cawangan DBKL

4) Kaunter Bayaran
Pejabat Zon Perumahan DBKL

5) Kaunter Bayaran
Pejabat Kecil Perumahan DBKL