CAP gesa pencemaran Sg Kuala Bakong diatasi segera

CAP gesa pencemaran Sg Kuala Bakong diatasi segera

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas pengusaha kilang memproses kelapa sawit yang menjadi punca berlakunya pencemaran Sungai Kuala Bakong dekat Kuala Ketil daerah Baling Kedah.

Gambar hiasan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas pengusaha kilang memproses kelapa sawit yang menjadi punca berlakunya pencemaran Sungai Kuala Bakong dekat Kuala Ketil daerah Baling Kedah.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata langkah sedemikian perlu dilakukan segera kerana masalah yang sudah lama berlaku itu memberi kesan buruk ke atas alam sekitar dan kehidupan penduduk-penduduk di kawasan berkenaan.

Menurutnya, baru-baru ini akhbar tempatan ( Berita Harian : 24.2.2011 ) melaporkan lebih 500 penduduk di Kampung Kuala Bakong kesal dengan tindakan kilang terbabit membuang sisa industri ke dalam sungai di kampung mereka.

“Akibatnya air sungai berkenaan menjadi hitam dan berbau busuk sekaligus membunuh segala hidupan di dalamnya terutama ikan yang sebelum ini menjadi sumber rezeki penduduk di sini.

See also  Bacfree sets new ESG standard in sustainable water solutions

“Pada tahun 2009 CAP pernah mengemukakan masalah pencemaran ini kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah tetapi tidak ada tindakan berkesan yang diambil,” katanya menerusi satu kenyataan media, baru-baru ini.

Mohamed Idris berkata CAP kesal dengan kejadian itu dan meminta JAS negeri ini menguatkuasakan Akta Alam Sekitar 1974 dengan tegas agar masalah serupa tidak berulang. Di bawah akta ini mereka yang di dapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya, selain JAS, CAP juga berharap agar Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Majlis Daerah Baling (MDB) turut membuat pemantauan dengan lebih kerap supaya pihak kilang terbabit mematuhi segala peraturan yang ditetapkan dan tidak sewenang-wenangnya membuang sisa kilang ke dalam sungai berkenaan.

See also  Green Sprout Innovation Challenge winners showcase sustainable solutions

“Hukuman berat wajar dikenakan jika hasil siasatan dan kajian yang dibuat terbukti kilang itu melakukan pencemaran tersebut dan melanggar peraturan yang termaktub di bawah undang-undang ini.

“CAP percaya jika masalah ini dibiarkan keadaan pencemaran di kawasan itu akan merebak dan bertambah serius serta boleh menjejaskan kesihatan penduduk-penduduk yang terlibat pada masa akan datang,” tegasnya.