Gangguan bekalan air di Kota Bharu

Gangguan bekalan air di Kota Bharu

Beberapa kawasan di sekitar bandar ini akan mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja pemasangan paip utama di tapak Projek Jambatan Sultan Yahya Petra di sini Isnin ini.

Beberapa kawasan di sekitar bandar ini akan mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja pemasangan paip utama di tapak Projek Jambatan Sultan Yahya Petra di sini Isnin ini.

Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) Hazwan Hassan dalam kenyataan hari ini berkata gangguan itu akan bermula pukul 12 tengah malam hingga 6 pagi keesokannya.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Beliau berkata antara kawasan terlibat ialah di Jalan Tok Hakim, Jalan Sultan Ibrahim, Jalan Telipot, Jalan Kebun Sultan, Jalan Merbau, Jalan Kelochor, Wakaf Mek Zainab, Taman Tengku Ahmad Panglima, Taman Limau Manis dan sepanjang
Jalan Pantai Cahaya Bulan.

Hazwan berkata pengguna boleh menghubungi Pusat Informasi AKSB di talian 1300-88-2572 untuk pertanyaan berhubung perkara itu.
— Bernama