754 lot kilang haram dikenalpasti

754 lot kilang haram dikenalpasti

Sebanyak 754 lot telah dibanci dan dimasukkan ke dalam senarai inventori Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sini.

Sebanyak 754 lot telah dibanci dan dimasukkan ke dalam senarai inventori Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sini.

Pengarah Jabatan Komunikasi Dan Pengaduan Awam,Norfiza Mahfiz berkata, program yang dimulakan sejak 2005 lalu itu hanya khusus untuk bangunan kilang yang dibina atau wujud sebelum 11 September 2007 sahaja .

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Menurutnya, pihak majlis juga telah melanjutkan program berkenaan sehingga 30 Mac bagi membolehkan pengilang mengemukakan pelan kemajuan masing-masing.

“Majis meminta semua pekilang untuk menunjukkan komitmen untuk program pemutihan ini kerana ia juga member manfaat kepada mereka kelak.

“Malah ada di antara pemilik kilang yang agak keberatan untuk membayar kos bagi tujuan ini terutama bagi kos perkhidmatan jururunding dan pembayaran premium tanah,” katanya kepada Komunitikini.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Norfiza berkata, selain perkara di atas,antara masalah yang sedang dihadapi bagi program pemutihan itu ialah pemilikan tanah ( terlalu ramai pemilik) dan kes tanah yang disewa antaranya pemilik enggan bekerjasama.

See also  Stellaris at Riana Dutamas brings urban retreat living to Segambut

“Majlis tidak akan berkompromi dan akan mengeluarkan Notis Pemberitahuan kepada semua pekilang sebelum Mac ini agar mereka mengemukakan Pelan Kebenaran Merancang dan Bangunan dan permohonan lessen.

“Selain daripada itu,majlis juga akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan merangkumi Akta 172,Akta 133 dan Akta 171 oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan tindakan di bawah Kanun Tanah Negara (pelanggaran syarat tanah) selepas Mac ini,” katanya.