MPK: Jalan Pos Baru ditutup, untuk memastikan trafik lancar

MPK: Jalan Pos Baru ditutup, untuk memastikan trafik lancar

MPK akan menutup laluan Jalan Pos Baru menghala ke Jalan Banting dan susur Bulatan Kota untuk memastikan aliran trafik berjalan lancar bermula minggu depan.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan menutup laluan Jalan Pos Baru menghala ke Jalan Banting dan susur Bulatan Kota untuk memastikan aliran trafik berjalan lancar bermula minggu depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kecil Lalulintas,  Jamuliddin Elias berkata, penutupan itu merupakan percubaan majlis terhadap aliran trafik dan ia mengambilkira kajian polis dan jawatankuasa itu sebelum ini.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Menurutnya, penutupan itu hanya sementara waktu dan pengguna dialu-alukan memberikan sebarang cadangan kepada majlis terhadap percubaan itu untuk kebaikan bersama pada masa akan datang.

“Jalan ini akan di tutup bermula jam 5 hingga 7 petang dan ia akan dilaksanakan pada hari bekerja sahaja bagi mengkaji keberkesanannya terutama pada waktu berkenaan.

“Percubaan kita selama tiga bulan ini diharap mampu menyuraikan kesesakan jalan dan semua pihak diharap memberikan kerjasama sepanjang tempoh percubaan ini” katanya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Jamuliddin berkata,sepanjang tempoh itu juga,penguatkuasa MPK dan polis akan bekerjasama untuk memastikan aliran trafik lancar terutama bagi pengguna yang keliru dengan penutupan baru itu.

Menurutnya, isu kesesakan jalan kini tidak lagi menjadi masalah besar berikutan beberapa langkah dan tindakan oleh majlis dengan kerjasama pelbagai pihak telah dapat menyelesaikan perkara itu sejak awal tahun ini.