Pencemaran Pantai Lekir mengancam hidupan laut

Pencemaran Pantai Lekir mengancam hidupan laut

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini mendakwa kawasan perairan di Pantai Lekir di Sitiawan, Perak kini tercemar teruk sehingga mengancam hidupan laut.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini mendakwa kawasan perairan di Pantai Lekir di Sitiawan, Perak kini tercemar teruk sehingga mengancam hidupan laut.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata pencemaran itu dipercayai akibat  aktiviti pembuangan sisa industri oleh dua buah kilang iaitu ialah kilang sarung tangan dan kilang kelapa sawit di Sitiawan yang beroperasi sejak 10 tahun lepas.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Aktiviti pembuangan sisa industri ke kawasan laut mengakibatkan air sungai dan laut menjadi busuk dan dipenuhi dengan sisa bahan kimia yang mengancam hidupan laut dan menjejaskan pendapatan lebih 200 nelayan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata golongan nelayan berpangkalan di Sungai Tiram dan Parit Haji Dolah mengadu kepada CAP dan mendakwa pendapatan mereka merosot dari RM150 kepada hanya RM60 sehari akibat masalah pencemaran itu yang mengancam hidupan laut seperti ikan, udang dan siput.

See also  GE Aerospace volunteers remove 142kg of waste from Bagan Lalang

Mohamed Idris berkata CAP kesal dengan masalah berlarutan selama lebih 10 tahun itu dan menggesa kerajaan mengambil tindakan segera mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

– Bernama