Peralatan sekolah berjaya dihantar hasil sumbangan CIMB

Peralatan sekolah berjaya dihantar hasil sumbangan CIMB

Sejumlah peralatan dan keperluan sekolah telah berjaya dihantar ke Kampung Buayan, Penampang yang terletak jauh di kawasan pedalaman dengan menggunakan helikopter pada 14hb Februari lepas.

Sejumlah peralatan dan keperluan sekolah telah berjaya dihantar ke Kampung Buayan, Penampang yang terletak jauh di kawasan pedalaman dengan menggunakan helikopter pada 14hb Februari lepas.

Menurut Guru Besar Sekolah Kebangsaan Buayan, Robert Gubat, segala perbelanjaan membeli peralatan dan keperluan seperti alat-alat tandas, kerusi dan tiga set komputer dan sewa helikopter adalah sumbangan ehsan bank CIMB.

Kedudukan sekolah yang terletak jauh di kawasan pendalaman yang berbukit bukau menyukarkan penghantaran barang-barang melalui jalan darat selama ini.

Penggunaan helikopter sememangnya telah memudahkan penghantaran peralatan-peralatan ini, di mana helikopter tersebut melakukan 11 perjalanan dalam tempoh dua setengah jam pada hari tersebut.

Menurut petugas helikopter tersebut, jumlah beban yang boleh diangkat oleh helikopter dengan menggunakan jaring yang digantung di bawah helikopter adalah sebanyak 250kg.

See also  100 gutsy individuals went bald for cancer patients

Kedudukan kawasan perkampungan di Sabah yang terpencil dan bentuk muka bumi yang berbukit bukau menyebabkan perjalanan yang agak sukar. Perjalanan kaki ke Kampung Buayan akan mengambil sehari suntuk.

Pengangkutan seperti helikopter digunakan oleh penduduk kampung digunakan pada masa-masa kecemasan kerana harga sewa yang terlalu mahal. Walaubagaimanapun, organisasi seperti CIMB sering kali tampil untuk membantu meringankan beban seperti di Kampung Buayan.