248 kotak rokok tiruan dan seludup berjaya dirampas

248 kotak rokok tiruan dan seludup berjaya dirampas

Penguatkuasa Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan berjaya merampas 248 kotak rokok tiruan dan seludup bernilai RM615 dalam operasi keatas 10 premis kedai runcit sekitar Kampung Sungai Penchala.

Penguatkuasa Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan berjaya merampas 248 kotak rokok tiruan dan seludup bernilai RM615 dalam operasi keatas 10 premis kedai runcit sekitar Kampung Sungai Penchala.

Menurut jurucakap Jabatan Kesihatan, pada serbuan disertai 13 anggota itu, pihaknya telah mengeluarkan notis kepada dua pemilik kedai runcit menjual rokok tiruan dan seludup untuk hadir ke pejabat bagi membayar kompaun RM500 dalam tempoh sebulan.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Selain itu, pihak kami mengeluarkan notis atas kesalahan peraturan 14(1) gagal mempamerkan tanda jualan bawah umur 18 tahun, Seksyen 15(1) rokok tiada gambar amaran larangan (2 notis) dan seksyen 9(1) menjual rokok kurang daripada 20 batang (1 notis).

” Kami akan memfailkan kes ke mahkamah sekiranya pemilik kedai runcit gagal hadir dalam tempoh ditetapkan dan mereka akan dikenakan kompaun tidak melebihi RM10,000,” katanya ditemui pemberita hari ini.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Mengulas lanjut, jurucakap Jabatan Kesihatan berkata serbuan keatas premis tersebut dilakukan setelah pegawainya melakukan risikan beberapa minggu lalu hasil maklumat diterima daripada orang awam.

Katanya, siasatan awal mendapati kesemua barangan rampasan itu merupakan jenama rokok tiruan dan seludup di mana ada yang tidak mempunyai label dan alamat pengedar yang sah.

“Kita mendapati ada rokok seludup yang dijual RM3.50 sekotak (20 batang), iaitu 50 peratus lebih murah daripada harga minimum RM7 yang ditetapkan kerajaan dibawah peraturan-peraturan kawalan hasil tembakau 2004.

“Operasi ini sentiasa dijalankan secara berterusan bagi memastikan pemilik kedai tidak menjual rokok jenama tiruan dan seludup,” tegasnya.