1004 kes denggi dikesan di Selangor

1004 kes denggi dikesan di Selangor

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) melaporkan terdapat 1004 kes denggi di negeri ini dikesan di mana terdapat satu kes kematian daripada daerah Sabak Bernam sehingga pertengahan Februari tahun ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) melaporkan terdapat 1004 kes denggi di negeri ini dikesan di mana terdapat satu kes kematian di daerah Sabak Bernam sehingga pertengahan Februari tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Selangor, Dr Xavier Jayakumar berkata daerah Hulu Langat melaporkan notifikasi bilangan kes paling tinggi sebanyak 276 kes, diikuti Gombak dengan 229 kes dan Petaling sebanyak 218 kes.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Taklimat tersebut disampaikan oleh wakil JKNS di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dipengerusikan oleh Xavier merangkap Exco negeri Selangor.

Dalam perkembangan seterusnya, Xavier berkata antara yang dibincangkan ialah langkah-langkah yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing bagi membendung penularan denggi di Negeri Selangor.

” Mesyuarat juga membincangkan persiapan bajet bagi penyediaan logistik, peralatan serta kakitangan di setiap PBT dalam memerangi denggi di kawasan pentadbiran PBT masing-masing,” katanya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →