Maidam: kutipan zakat RM80 juta dianggar tahun ini

Maidam: kutipan zakat RM80 juta dianggar tahun ini

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menyasarkan kutipan zakat tahun ini sebanyak RM80 juta ekoran keadaan ekonomi yang semakin baik.

Ketua Pegawai Eksekutif/Setiausaha Maidam Wan Harujan Sulaiman berkata zakat perniagaan dijangka memberi sumbangan besar kepada peningkatan kutipan di negeri itu pada tahun ini.

“Alhamdulillah, keadaan ekonomi kita semakin baik, mungkin perniagaan akan meningkat,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan zakat AmIslamicBank sebanyak RM20,000 kepada Maidam hari ini.

Sehubungan itu, Wan Harujan berkata Maidam melantik 12 ejen di seluruh negeri itu untuk mengutip zakat yang terdiri daripada bank, koperasi dan pihak swasta bagi memudahkan orang ramai membayar zakat serta menguruskan kutipan.

See also  Rohto-Mentholatum celebrates 135 years with RM135K donation drive

Bagaimanapun, katanya, Maidam masih melantik amil untuk mengutip zakat secara tradisi.

Beliau berkata setakat ini, Maidam berjaya mengutip zakat sebanyak RM7.6 juta berbanding RM6.5 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

— Bernama
IB SHI SBB