MPK terbit buku Inovasi, Kreativiti dan Bakat

MPK terbit buku Inovasi, Kreativiti dan Bakat

Buku ini disusun sebagai rangsangan atau dorongan kepada kakitangan MPK di mana sejak 90-an sudah ada bakat-bakat menyerlah bukan sahaja di peringkat daerah atau di peringkat negeri tetapi juga di peringkat kebangsaan, ujar Mohd Ikhsan.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengorak langkah menerbitkan buku yang bertajuk Majlis Perbandaran Klang: Inovasi, Kreativiti dan Bakat.

Buku itu diterbit bagi menggalakkan usaha-usaha inovasi dan kreativiti serta menyerlahkan bakat-bakat terpendam.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Satu majlis pelancaran telah diadakan yang telah disempurnakan oleh Setiausaha MPK, Mohd Ikhsan Mukri baru-baru ini.

Mohd Ikhsan berkata, pelancaran buku itu merupakan hasil kerja berpasukan yang diserlahkan dalam bentuk dokumentasi idea inovasi, kreativiti dan bakat warga MPK.

“Buku ini disusun sebagai rangsangan atau dorongan kepada kakitangan MPK di mana sejak 90-an sudah ada bakat-bakat menyerlah bukan sahaja di peringkat daerah atau di peringkat negeri tetapi juga di peringkat kebangsaan.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →
See also  Sarawakian educator Galvin Lee named 2026 JCI TOYM Honouree

“Kalau ada semua di sini, saya mahu kenalkan mereka semua yang telah mengharumkan nama baik MPK ke peringkat lebih tinggi, ” katanya di majlis pelancaran buku itu.

Menurutnya, galeri inovasi di lobi ibu pejabat MPK diwujudkan sebagai hasil kerja berpasukan antara jabatan hasil dari semua warga MPK.

Mohd Ikhsan berkata, kita sebagai warga MPK bekerja bersama-sama sebagai satu pasukan kerana bila teguh pasukan kita segala yang kita inginkan dapat dicapai.

“Kumpulan Inovasi dan Kreatif yang kecil kita kembangkan menjadi lebih besar dan segala masalah dapat kita atasi bersama,” ujarnya.

Satu majlis penyerahan sijil mentor dan menti serta insentif piala dan wang tunai kepada juara-juara sukan yang mengharumkan nama MPK turut diadakan selepas majlis penyerahan.

See also  AIA PUBLIC Takaful expands scholarship programme with RM3.2 million commitment