Carta dalam Forex: Kunci kejayaan dalam perdagangan

Carta dalam perdagangan matawang asing atau forex bukanlah sesuatu yang mudah untuk difahami terutama bagi yang baru mula melabur kerana masa yang lama diperlukan untuk menganalisis carta. Kebanyakan pedagang yang berpengalaman dan berjaya percaya bahawa cara yang betul untuk berdagang adalah dengan menganalisis carta dalam Forex sebelum melabur jumlah yang besar.

Ianya bukanlah satu rahsia bahawa ramai yang bermula untuk berdagang gagal membuat keuntungan. Ini kerana mereka mengabaikan perkara yang paling penting dalam perdagangan forex, iaitu carta.

Apakah sebenarnya carta perdagangan forex?

Carta dalam Forex adalah petunjuk grafik yang membuat perbandingan pergerakan harga antara dua pasangan mata wang dalam tempoh tertentu. Carta dalam forex direka supaya pedagang dapat mengenal pasti corak yang boleh didagangkandan dengan mudah serta menggunakan data tersebut untuk memperolehi keuntungan.

Kebanyakan peniaga menggunakan carta dalam forex untuk meramalkan harga masa depan sesuatu matawang dengan menganalisis data teknikal harga masa lalu sebagai petunjuk.

Berikut adalah jenis Carta dalam Forex yang sering digunakan oleh pedagang:

  • Carta Garis (Line chart)
  • Carta Palang (Bar chart)
  • Carta Lilin (Candlestick Chart)

Memahami carta dalam Forex

Tiga jenis carta utama ini disediakan oleh setiap platform perdagangan Forex supaya pelabur dapat mengenali nilai harga suatu pasangan matawang dan menganalisis data teknikal sebelum melakukan pelaburan.

See also  TEAM LEWIS expands presence with new office in KL

Data tersebut disediakan bagi pelbagai tempoh masa seperti bulanan, mingguan dan tahunan supaya pelabur dapat menganalisis pergerakkan nilai matawang dengan lebih baik.

Carta Garis (Line chart)

Carta Garis adalah carta yang paling mudah difahami berbanding carta – carta lain dalam forex kerana ia hanya menunjukan harga penutup sesuatu matawang dalam tempoh masa tertentu. Bahagian bawah melintang carta (paksi-X) menunjukkan skala waktu manakala skala harga pula dipaparkan di sepanjang bahagian menegak (paksi-Y).

Kelebihan carta garisan adalah kesederhanaannya keranaa ia menyediakan paparan visual bersih pergerakan harga yang mudah serta menjadikannya ideal untuk mengenal pasti tahap sokongan dan rintangan. Kelemahan carta garisan pula ialah ia tidak memberikan maklumat yang lengkap seperti visual jurang harga serta maklumat maklumat lain seperti harga tinggi dan harga rendah.

Carta Palang (Bar chart)

Carta palang pula mempunyai lebih banyak maklumat. Selain daripada harga buka dan tutp, ia juga menunjukkan harga tinggi dan rendah bagi tempoh masa tertentu.

See also  Ananda Krishnan: A tycoon who defined generosity

Hargai tinggi bagi suatu rangka masa tertentu dipapar di bahagian teratas, diikuti harga rendah di bahagian paling bawah palang. Seterusnya, harga buka diwakili oleh garis melintang ke kiri manakala harga tutup pula dengan garis melintang ke sebelah kanan.

Palang yang berwarna merah dengan harga tutup yang melintang ke kanan yang lebih rendah menunjukkan penurunan harga manakala palang berwarna hijau dengan harga tutup yang lebih tinggi daripada harga buka pula menunjukkan kenaikkan nilai bagi matawang tersebut untuk jangka masa itu.

Carta Lilin (Candlestick Chart)

Carta lilin menunjukkan harga buka, tinggi, rendah, dan tutup pada setiap lilin mengikut tempoh masa yang ditetapkan pelabur. Sebagai contoh, jika pelabur menetapkannya kepada tempoh masa lima minit seperti carta intraday, lilin akan menunjukkan pergerakkan nilai harga bagi tempoh setiap lima minit dan bukan untuk sesi dagangan harian.

Carta lilin menunjukkan banyak maklumat seperti Harga Buka, Harga Tinggi, Harga Rendah, Harga Tutup, Arah Harga, Julat Harga yang dapat membantu pelabur membuat perbandingan serta tafsiran harga dengan lebih mudah.

Avatar photo

Admin

CJ Editor writes, edits and publishes stories and press releases. Please contact for any queries or press release submissions.