Insurans kereta

Perbaharui insurans kenderaan anda sepantas 3 minit di FinCrew.my

Setiap pemandu kenderaan di Malaysia diwajibkan untuk memperbaharui insurans kenderaan milik mereka setiap tahun, ini adalah pengetahuan umum.

Proses untuk memperbaharui insurans kenderaan ini merupakan satu proses yang amat tidak digemari oleh para pemilik kenderaan. Ini adalah kerana kekangan masa untuk memilih serta membuat perbandingan harga pelan insurans terbaik merupakan satu perkara yang sering memeningkan pemilik kenderaan.

Pada masa-masa sukar seperti musim pandemik seperti ini pula, setiap sen itu amat bermakna untuk setiap individu.

Mujurlah, terdapat pelbagai laman web di internet yang boleh membantu para pemilik kenderaan untuk membuat perbandingan sebut harga insurans terbaik yang sesuai mengikut keperluan serta kemampuan mereka.

Insurans kereta

Fincrew.my, suatu laman web yang baru dilancarkan pada tahun 2020 mempunyai sistem pengkalan data yang terkini untuk memudahkan lagi urusan pengguna.

Di Fincrew.my, pengguna boleh menyelesaikan proses pembelian serta memperbaharui polisi insurans kenderaan dan juga cukai jalan hanya dalam 3 minit! Lebih menarik lagi, pengguna boleh melakukan semua ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka berada.

Fincrew.my juga akan membantu pengguna mencari pelan insurans yang sesuai dengan keperluan serta mengikut bajet pilihan mereka.

Sebelum menggunakan laman web ini, pengguna hanya perlu mengisi beberapa maklumat peribadi penting bagi mendapatkan pengesahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Seterusnyai, pihak Fincrew.my akan menghantar maklumat tentang sebut harga polisi insurans serta cukai jalan kepada pengguna melalui emel atau aplikasi WhatsApp. Sekiranya pengguna tidak berpuas hati dengan cadangan sebut harga tadi, pengguna boleh melakukan perbandingan dengan pergi ke pautan yang diberikan.

Lebih menarik lagi, laman web ini turut memberikan maklumat tentang nilai semasa pasaran untuk kenderaan terbabit.

Terdapat pelbagai pilihan syarikat insurans yang menawarkan perkhidmatan mereka melalui laman web ini. Antaranya adalah:

  • Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad
  • AXA Affin General Insurance Berhad
  • Zurich Insurance & Takaful
  • Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad
  • RHB Insurance Berhad
  • Lonpac Insurance Berhad
  • Etiqa Insurance & Takaful
  • Kurnia Insurance Berhad

Setelah berpuas hati dengan cadangan sebut harga yang diberikan, pengguna boleh melakukan pembayaran secara atas talian dan menunggu cukai jalan yang sudah siap diproses untuk sampai melalui pos dalam masa 2 hari bekerja.

Untuk mendapatkan lebih banyak lagi maklumat mengenai apa yang ditawarkan Fincrew.my pengguna boleh terus melayari laman web mereka.

Avatar photo

CJMY

For any inquiries or to submit a press release, please send an email CJ Editor at [email protected].