Manisah memimpin sektor kelapa sawit mengharungi pandemik

Sebagai seorang wanita penting dalam bidang yang biasanya didominasi oleh kaum lelaki, Manisah percaya bahawa wanita harus mencabar diri agar potensi sebenar dapat menyerlah. Berikut adalah pengalaman beliau menghadapi krisis pandemik global

Manisah Amkaromi merupakan seorang Penolong Pengurus Kanan di Ladang Sunggang, salah satu daripada estet Sime Darby Plantation. Mencecah tahun ke-12 dalam kerjayanya di Sime Darby Plantation, beliau merentas segala halangan sebagai seorang wanita penting dalam bidang yang biasanya didominasi oleh kaum lelaki. Beliau menguruskan 4 kakitangan ladang dan 181 pekerja yang semuanya terdiri daripada pekerja lelaki. Beliau percaya bahawa wanita harus keluar dari kepompong dan mencabar diri agar potensi sebenar dapat menyerlah. Berikut adalah pengalaman beliau menghadapi krisis pandemik global ini.

Situasi pandemik Covid-19 telah mengubah perspektif dan norma tingkah laku kita secara drastik dalam jangka masa yang singkat. Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama kali dikuatkuasakan, ramai yang berasa gelisah akan masa depan yang menanti. Namun, saya masih ingat, reaksi awal saya apabila mendapat tahu bahawa kami akan terus bekerja adalah untuk kekal fokus dan komited kepada tugas dan tanggungjawab kita sambil berkhidmat untuk negara.

Sebagai seorang pekerja dalam industri kelapa sawit yang diklasifikasikan sebagai perkhidmatan perlu, keadaan Covid-19 terbukti menjadi pengalaman yang membuka mata dan luar biasa bagi saya. Mencecah tahun ke-12 dalam bidang perladangan tahun ini, saya telah menghadapi pelbagai situasi tetapi tidak seperti ini kerana kami perlu mengikuti prosedur operasi standard yang telah dipertingkatkan demi keselamatan kami. Syarikat menjelaskan kepada kami untuk mematuhi protokol ini pada setiap masa – memandangkan apa yang kami lakukan adalah sangat penting untuk memastikan kemampanan keselamatan makanan untuk negara. Kini,
pemeriksaan pekerja setiap hari, pembersihan kawasan umum secara menyeluruh dan penggunaan pembersih tangan yang kerap sepanjang hari sudah menjadi standard baharu. Ini benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya kerana perubahan ini juga telah merangka semula operasi harian kami dan mengubah perspektif saya mengenai kepentingan operasi kami yang mampu mempengaruhi kestabilan makanan negara.

Sebahagian daripada tanggungjawab saya sebagai penolong pengurus kanan adalah untuk menjaga piawaian keselamatan dan kesihatan di ladang, antara perkara unik yang menarik perhatian saya sepanjang tempoh ini adalah bagaimana rutin di mana kami berkumpul setiap pagi telah dirombak mengikut prosedur operasi standard yang baharu. Setiap hari, saya menguruskan sepasukan pekerja lelaki yang terdiri daripada 4 kakitangan ladang dan 181 pekerja yang mempunyai pelbagai tugas dari penuaian tanaman hingga pemeliharaan ladang. Kini,
berbanding dengan rutin harian sebelum ini di mana pekerja-pekerja berkumpul di ladang pada jam 5.30 pagi untuk roll call, kami kini menjalankan sesi tersebut secara berperingkat dengan maksimum 25 pekerja bagi setiap sesi bagi mematuhi prosedur operasi standard baharu yang ditetapkan. Ini semestinya telah mengubah persekitaran kerja komuniti rapat estet kami yang sebelum ini sudah terbiasa memulakan hari bersama sebelum bergerak ke lokasi kerja masing-masing.

See also  MAB's Hari Raya Open House unites blind community

Walau bagaimanapun, memetik perbualan saya bersama rakan-rakan sepasukan, kami dapat melihat nilai dalam perubahan ini dan kami menghargai bahawa protokol ini dilaksanakan untuk melindungi kesejahteraan semua pekerja, dan sekali gus memastikan pengeluaran yang selamat untuk pengguna kami.

Tempoh ini juga telah memberikan sebuah pengalaman baharu bagi saya. Sejak saya menghabiskan Cadet Planter Programme di Golden Hope Academy, kini dikenali sebagai Sime Darby Plantation Academy pada tahun 2008, tidak pernah terlintas di fikiran saya bahawa saya akan dapat menghadiri mesyuarat audit secara virtual. Buat pertama kali sepanjang 12 tahun kerjaya saya dalam bidang perladangan, pensijilan semula Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) dilaksanakan bersama juruaudit SIRIM melalui mensyuarat virtual. Ia merupakan
pengalaman yang cukup unik untuk sesebuah perkara yang sepenting RSPO kerana
mendapatkan pensijilan ini amatlah penting untuk membuktikan komitmen kami kepada pengeluaran minyak sawit yang mampan. Pengalaman audit virtual ini akan kekal sebagai salah satu pengalaman yang istimewa dalam kerjaya saya.

See also  Citizen's Journal wishes workers a Happy Labour Day

Pada mulanya, sudah tentu timbul sedikit keraguan untuk bekerja dalam tempoh yang tidak menentu seperti sekarang tetapi saya disuntik semangat motivasi baharu setelah melihat dedikasi yang didemonstrasikan oleh syarikat dan rakan sepasukan saya sepanjang tempoh janggal ini. Setiap orang bersedia untuk berkhidmat walaupun dengan prosedur baharu, lapisan perlindungan tambahan yang tidak selesa serta masa tambahan yang diperlukan untuk memastikan setiap dari kami sihat untuk bekerja dan kurangnya interaksi ‘nomal’ di antara kami. Malahan, tempoh yang tidak menentu ini telah mengukuhkan azam saya untuk terus melakukan yang terbaik. Saya kini lebih bersemangat untuk memastikan kami menghasilkan pengeluaran yang sama seperti sebelum penguatkuasaan PKP. Sebagai salah satu industri penting yang memacu kestabilan makanan negara, saya lebih bertekad untuk memainkan peranan saya secara efektif dan menyemai semangat tekad ini kepada setiap orang dalam pasukan.

Bekerja semasa PKP sememangnya salah satu pengalaman yang mencabar tetapi ia juga telah memberikan saya seribu satu manfaat kerana ia telah berfungsi sebagai sebuah landasan pembelajaran yang hebat untuk mendorong kami untuk kekal fokus, tabah dan memberikan hasil di luar kebiasaan dan apa yang diharapkan. Tempoh ini juga telah membenarkan komuniti estet kami yang rapat untuk menjadi bertambah erat kerana kini kami memiliki tujuan bersama untuk
menyumbang kepada masyarakat.

Namun, seberapa selesa pun saya dalam komuniti di estet, saya berharap kita semua dapat mencari jalan untuk mengekang dan menghentikan penularan virus ini kerana saya ingin menggunakan peluang tersebut untuk melancong dan bertemu masyarakat dunia. Saya berharap rakyat Malaysia akan menerapkan norma baharu dalam kehidupan masing-masing dan bersama-sama kita akan menjadikan negara Malaysia sebuah tempat yang selamat.

Avatar photo

Gana Prakash

Gana joined Citizen Journal in 2013. He knows everything that makes user generated content ticks. Trained as an electrical engineer, Gana is also a stand up comedian and Liverpool die hard.