Tiga rumah kebajikan terima sumbangan MKH sempena Tahun Baharu Cina

Tiga rumah kebajikan sekitar Cheras, Semenyih dan Kajang menerima sumbangan set penjagaan diri (kit kendiri Covid-19) daripada MKH Berhad menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ‘MKHCare’ sempena sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini. 

Seramai 80 penghuni daripada Pusat Jagaan En Yuan, Pertubuhan Kebajikan Orang Tua Rahmat, dan Pusat Jagaan Rumah Love & Care Kajang masing-masing menerima kit kendiri Covid-19 antaranya pelitup muka, cecair dan tisu pembasmi kuman, kit ujian kendiri, dan Vitamin C. 

Wakil Pusat Jagaan En Yuan menerima sumbangan

MKH dalam satu kenyataan berkata, memandangkan kes penularan Covid-19 semakin meningkat sejak akhir-akhir ini, sumbangan penjagaan diri ini sedikit sebanyak dapat membantu penghuni di rumah-rumah kebajikan ini menjaga kebersihan diri dan kesihatan masing-masing. 

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

See also  Signature revitalises Kechara Soup Kitchen to expand community impact

“Tambahan pula, penghuni rumah kebajikan ini merupakan warga tua yang merupakan golongan risiko paling tinggi wabak Covid-19 ini”, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Bersama penghuni Pusat Jagaan Rumah Love and Care Kajang

“Dalam pada itu, MKH turut menyumbang wang tunai RM1,000.00 bagi setiap rumah kebajikan ini bagi menampung kos pengurusan disamping meringankan beban mereka yang menyambut Tahun Baharu Cina sambil menempuh cabaran pandemik Covid-19 ini”.

Bagi pihak Pertubuhan Kebajikan Orang Tua Rahmat, agihan keperluan penjagaan diri dan sumbangan wang tunai daripada syarikat korporat seperti MKH ini amat bermakna dan pihaknya sentiasa mengalu-alukan usaha murni seperti ini terutama dalam mendekati golongan yang memerlukan.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →
Pertubuhan Kebajikan Orang Tua Rahmat menerima sumbangan set penjagaan diri
Avatar photo

Admin

CJ Editor writes, edits and publishes stories and press releases. Please contact for any queries or press release submissions.