Aset Forex Yang Paling Menguntungkan Di Pasaran Dagangan Utama

Dagangan forex atau pertukaran matawang adalah antara ventur pelaburan yang paling memerlukan strategi yang disusun rapi. Ini kerana pergerakan pasaran pertukaran matawang, terutama pasaran matawang asing akan kerap berubah secara drastik. Sebagai pedagang matawang, anda harus arif meneliti turun-naik aset-aset anda dan menguasai unjuran akan datang untuk mendapatkan pulangan yang terbaik.

Namun, laman dagangan aset pertukaran biasanya menawarkan jenis aset yang berbeza. Sebagai contoh, jika kita melihat kepada pilihan aset pada platform MetaTrader 5, ada ditawarkan saham, pasangan matawang dan komoditi yang terpilih sahaja. Ini mungkin berbeza jika kita melihat pada platform dagangan lain yang ada tersedia di Internet. 

Oleh itu, adalah penting kita boleh mengenal beza aset yang paling menguntungkan dari yang disediakan. Dan yang berikut adalah aset pilihan bagi keuntungan pada kadar tertinggi. Mari lihat mereka!

1 Pasangan Matawang EUR/USD

Sumber : photostockeditor.com

Pasangan matawang EUR/USD ini merupakan antara aset forex yang paling tinggi frekuensi dagangannya. Ini bermakna kadar likuiditinya adalah yang paling tinggi antara pasangan matawang yang lain. Kelebihan ini membawa kepada taburan yang terkawal dan ketat. Dalam keadaan taburan yang sebegitu sebarang pergerakan yang sesuai dengan unjuran awal anda mungkin membawa kepada keuntungan yang besar. 

Kebolehan menjana untung pasangan matawang ini adalah kerana permintaan jual-beli daripada para pedagang yang tinggi – dari segi nilai dan juga bilangannya. Ini diperkuat lagi dengan posisi kedua matawang ini yang dianggap sebagai dua yang terkuat dalam pasaran. Akan tetapi, buat pemula, modal yang besar harus dikeluarkan untuk berdagang dengan pasangan ini.

See also  AKPK Collaborators Awards celebrates impactful partnerships

2 Pasangan Komoditi-matawang XAU/USD

Sumber : thegoldletter.com

Pasangan komoditi-matawang ini awalnya diperkenalkan di pasaran dagangan forex kerana korelasi yang bertentangan di antara nilai USD dan juga komoditi emas. Sebelum tahun 1971, nilai matawang USD diperkirakan berdasarkan nilainya secara relatif kepada komoditi emas. Tetapi, setelah matawang itu dibebaskan perkiraannya berdasarkan logam berharga itu, timbul pergerakan yang bertentangan di antara kedua aset ini. 

Ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Apabila nilai USD meningkat, mana-mana matawang yang terkait dengannya juga akan meningkat. Ini secara tidak langsung meningkatkan harga komoditi seperti emas dan menyebabkan nilainya menurun kerana kekurangan jual beli. Dan jika USD menurun pula, ramai akan cuba mengelak rugi dengan melabur pula wang tersebut dalam komoditi yang lebih stabil, terutamanya emas. 

Para pedagang melihat pola yang mudah diunjurkan ini sebagai peluang yang baik untuk mengaut untung dengan aturan strategi yang tepat dan akurat. Aset ini boleh dikatakan cukup popular dan ada ditawarkan oleh kebanyakan platform dagangan, contohnya seperti MetaTrader 5. 

3 Pasangan matawang USD/JPY

Sumber : mansionglobal.com

Pasangan matawang USD/JPY ini merupakan yang kedua paling kerap didagangkan di pasaran terbuka. Ini disebabkan kadar likuiditinya yang juga cukup tinggi kerana permintaan yang tinggi. Matawang JPY adalah yang paling aktif didagangkan di Asia dan sebagaimana yang anda sedia maklum, USD adalah matawang terkuat di dunia Barat.

See also  AKPK Collaborators Awards celebrates impactful partnerships

Pemula dalam dunia dagangan mungkin memerlukan modal yang besar bagi memulakan ventur dagangan mereka dengan pasangan ini. Selain itu, anda juga perlu beringat bahawa ada waktu dagangan pilihan bagi pasangan matawang ini. Pada momen dagangan ini, nilai dagangan akan lebih tinggi daripada jumlah komisen taburan dan boleh menjana untung yang cukup besar. 

Ini, pada asasnya, disebabkan perbezaan masa dagangan utama di antara Amerika Syarikat dan Jepun. Oleh itu, adalah amat penting untuk melihat dan mengkaji secara rapi elemen masa ketika mengatur strategi dagangan USD/JPY. 

Pilih Aset Forex Dengan Bijak!

Sumber : universodaaposta.com

Pemilihan aset dagangan forex yang paling sesuai tidaklah terhad kepada yang telah kami ketengahkan dalam panduan ini. Ada banyak pasangan pertukaran matawang yang boleh anda usahakan bagi tujuan mengaut untung. Tidak mengejutkan juga jika anda boleh menambah pendapatan juga dengan pasangan matawang yang tidak begitu dicorot oleh komuniti pedagang secara umum. Yang penting adalah untuk memilih pasangan aset yang sesuai dengan jumlah modal yang anda boleh laburkan serta mampu menjadi magnet laba.

Avatar photo

Admin

CJ Editor writes, edits and publishes stories and press releases. Please contact for any queries or press release submissions.