BET5 dijangka pendekkan tempoh perjalanan

BET5 dijangka pendekkan tempoh perjalanan

Perkhidmatan Bas Ekspres Transit 5 (BET 5) bagi laluan Rawang-Pasar Seni yang dilancarkan baru-baru ini, dijangka memendekkan tempoh perjalanan hingga 23 peratus, kata penyelaras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kementerian Pengangkutan Ruhaizah Mohamed Rashid.

Perkhidmatan Bas Ekspres Transit 5 (BET 5) bagi laluan Rawang-Pasar Seni yang dilancarkan baru-baru ini, dijangka memendekkan tempoh perjalanan hingga 23 peratus, kata penyelaras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kementerian Pengangkutan Ruhaizah Mohamed Rashid.

Beliau berkata semua bas BET akan menggunakan lorong tol khas di plaza tol dan hanya berhenti di tempat tertentu untuk memendekkan waktu perjalanan.

“Dengan menggunakan lebuh raya, tempoh perjalanan dapat dipendekkan dengan banyak kerana ia kurang sesak berbanding laluan biasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

BET diperkenalkan di bawah NKRA Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam bandar melalui penggunaan lebuh raya untuk menghubungkan kawasan berpenduduk padat dengan pusat bandar.

Pada peringkat permulaan, BET 5 yang dikendalikan Setara Jaya Sdn Bhd (SJ Bus), menggunakan empat bas bagi laluan Bandar Tasik Puteri, Rawang Country Homes, Plaza Tol Rawang, Plaza Tol Jalan Duta, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Kompleks Pertama/Sogo dan Pasar Seni.

Ruhaizah berkata perkhidmatan BET 5 hanya mengambil masa sejam 40 minit

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

untuk sampai ke destinasinya pada waktu puncak, berbanding dua jam melalui jalan biasa.

Bas berkenaan hanya singgah di lapan perhentian dan mengenakan tambang

RM3.50 dari Bandar Tasik Puteri dan RM3 dari Rawang Country Homes.

Terdapat empat perkhidmatan bas BET lain di Lembah Klang yang dilancarkan awal tahun ini.

Maklumat lanjut tentang perkhidmatan ini boleh didapati dengan menghubungi Setara Jaya melalui talian 03-40214566 atau 0340216166.