Bayaran berperingkat Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 2 sudah bermula

Sebanyak RM1.74 bilion diperuntukan untuk memanfaat hampir 8.6 juta penerima daripada golongan yang berpendapatan rendah.

Sejumlah 8.6 juta penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 sudah pun mula menerima bayaran secara berperingkat mulai 27 Jun yang lalu.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi satu hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Menurut Tengku Zafrul, secara keseluruhannya, sebanyak RM1.74 bilion diperuntukan untuk memanfaat hampir 8.6 juta penerima daripada golongan yang berpendapatan rendah.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia

“Saya berharap bantuan daripada kerajaan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban KeluargaMalaysia,” ujarnya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bantuan tunai tambahan sebanyak RM100 bagi yang berkeluarga dan RM50 bagi yang bujang.

Menurut beliau, BKM Fasa 2 ditambah baik sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini dengan bantuan tunai tambahan bernilai RM630 juta sekali gus menjadikan jumlah peruntukan keseluruhan BKM sebanyak RM8 bilion.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →
See also  Secangkir Cafe shuts its doors as Kuantan mourns its baker

Selain itu, beliau menjelaskan, jumlah penerima BKM juga meningkat sebanyak 8.6 juta berbanding BSH dengan 4.5 juta penerima sahaja. 

“Peningkatan ini kerana had kelayakan untuk menerima BKM dinaikkan daripada berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan untuk BSH kepada RM5,000 ke bawah sebulan untuk BKM. 

“Ini bermakna lebih ramai Keluarga Malaysia layak menerima bantuan, termasuklah sebahagian M40 dan bukan terhad kepada golongan B40 seperti inisiatif bantuan tunai langsung sebelum ini,” katanya.

Pada masa sama, Tengku Zafrul berkata, lazimnya, BKM dikenali sebagai bantuan kepada golongan B40, namun hakikatnya BKM kini memanfaatkan 12.6 juta individu, iaitu bersamaan dengan 60 peratus daripada rakyat dewasa di Malaysia.

See also  Taman Pantai Butterworth reopens with Braille heritage boards

Jumlah pembayaran BKM 2022

Jumlah pembayaran BKM 2022 dan Bantuan Tunai Tambahan adalah seperti berikut.

  1. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

2. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

3. Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)

4. Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

Avatar photo

CJMY

For any inquiries or to submit a press release, please send an email CJ Editor at [email protected].