Mayat wanita reput dijumpai dekat SPRM Perak

Mayat wanita reput dijumpai dekat SPRM Perak

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata mayat itu ditemui oleh seorang pekerja memotong rumput yang melakukan kerja pembersihan di situ tengah hari tadi.

Mayat seorang wanita hampir reput dipercayai mangsa bunuh dijumpai di sebuah kawasan semak berhampiran bekas ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Perak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata mayat itu ditemui oleh seorang pekerja memotong rumput yang melakukan kerja pembersihan di situ tengah hari tadi.

Mayat berkenaan tersorok dalam timbunan dahan kayu dan semak dengan kedua-dua kakinya terikat, katanya.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Zakaria berkata mayat telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat bagi memastikan punca kematian.

Beliau berkata identiti wanita itu belum diketahui kerana tiada dokumen pengenalan diri dijumpai.

Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau rakan diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh melalui telefon 05-2451500.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

-Bernama