Hantu Tetek dan Chetti Melaka

Hantu Tetek akan diarak pada barisan hadapan perarakan perayaan masyarakat Chetti Melaka di Gajah Berang setiap tahun.

Hantu Tetek adalah satu amalan budaya yang sudah sebati dengan budaya masyarakat peranakan Chetti Melaka. Kelibat patung ini boleh dilihat, semasa ia mengiringi perarakan kereta berhias perayaan keagamaan di Kampung Chetti Melaka.

Patung yang mengerunkan dengan ketinggian hampir 7 kaki ini dikenali sebagai ‘Bootham’ di dalam bahasa Tamil.

Cerita Hantu Tetek di dalam masyarakat Chetti Melaka

Patung Hantu Tetek di Gajah Berang, Melaka
Patung Hantu Tetek di Gajah Berang, Melaka

Cerita Hantu Tetek amat popular di kalangan masyarakat nusantara. Watak ini diberi pelbagai nama, sebagai contohnya di Perak, ia dikenali sebagai Hantu Kopek.

Malah Indonesia juga mempunyai Hantu Tetek yang dikenali sebagai ‘Wewe Gombel’. Watak ini dipercayai sebagai iblis yang menculik anak-anak yang berkeliaran selepas waktu senja dan menyorokkan mereka di antara payudaranya yang besar.

Menurut Samuel S Dhoraisingam yang mengarang buku bertajuk ‘Peranakan Indians of Singapore and Melaka’, Hantu Tetek, walaupun popular di kalangan masyarakat Melayu namun ia hanya boleh dilihat di dalam perayaan masyarakat peranakan Chetti Melaka.

Watak ini juga tidak pernah disebut di dalam masyarakat India kontemporari.

Pada kesimpulannya, Samuel menulis bahawa Hantu Tetek telah dibawa masuk ke dalam budaya peranakan Chetti Melaka dan diambil sebagai pelindung semasa perayaan sejak zaman silam.

Exploring Chetti cuisine

The Chetti cuisine is a creolised ethnic cuisine of Malaysia that carries the gene of the country’s multi-ethnic traits. Its culinary heritage is a unique blend of South Indian, Malay, and Nyonya cuisines.

Makna di sebalik Hantu Tetek menurut Chetti Melaka

Perayaan Dato Chachar di Kampung Gajah Berang, Melaka
Perayaan Dato Chachar di Kampung Gajah Berang, Melaka

Hantu Tetek mempunyai makna yang amat berbeza di dalam konteks masyarakat Chetti. Hantu Tetek dipercayai merupakan penolak semangat jahat dan negatif.

Menurut pembuat patung Hantu Tetek, K Suppiah Pillay, struktur wajah dan paras rupa patung ini tidak berubah sejak berabad lamannya.

“Ia adalah hitam dan gelap. Kalau ikut cakap orang, hantulah,” ujar Suppiah.

Menurut Suppiah, adat, budaya dan kepercayaan ini diturunkan dari generasi ke generasi sejak zaman silam. Kepercayaan ini masih diamalkan di kalangan masyarakat Chetti Melaka sekarang.

Perayaan Dato’ Chachar di Melaka

Kuil Sri Maha Muthumariamman atau lebih dikenali sebagai Dato Chachar

Setiap tahun, patung Hantu Tetek ini akan disiapkan untuk menghadapi perayaan tahunan kuil Sri Maha Muthumariamman yang terletak di Kampung Gajah Berang, Melaka.

Perayaan ini juga dikenali ramai dengan nama Dato Chachar, dan disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum.

Sejak didirikan pada tahun 1822, kuil ini telah menyambut ribuan penganut. Kebanyakan dari mereka akan berdoa dan mengucapkan terima kasih kepada Dewi Sri Muthu Mariamman, yang kekuatannya sering dikaitkan dengan menyembuhkan penyakit seperti cacar.

Perayaan ini disambut pada bulan Jun setiap tahun di Kampung Gajah Berang, Melaka.

Avatar photo

Navin Kumar Perianen

Navin Kumar completed this technical studies at Finas Film Institute in 2009 and began his career as assistant cameraman, working his way up through the ranks while focusing primarily on various documentary projects. He is inspired by textures, light, shades, angles and emotions with a genuine passion for visual artistic and stories revolving around people. In 2012, he directed and edited a short documentary titled "Here to Help" on the struggle of Nepali migrants in Malaysia. He goes on hibernation whenever he is not behind a camera.