Kerjasama pacu kemampanan dan tindakan iklim dalam ekonomi digital

MOU ini adalah untuk membina kapasiti dan meningkatkan adaptasi kemampanan dan tindakan iklim merentasi perniagaan ekonomi digital.

kemampanan dan tindakan iklim dalam ekonomi digital

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Rangkaian Kompak Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Malaysia dan Brunei (UNGCMYB).

MOU ini adalah untuk membina kapasiti dan meningkatkan adaptasi kemampanan dan tindakan iklim merentasi perniagaan ekonomi digital.

UNGCMYB ialah rangkaian tempatan rasmi untuk Kompak Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGC), yang bertujuan untuk melaksanakan gerakan global untuk kemampanan syarikat dan pihak pemegang taruh.

kemampanan dan tindakan iklim dalam ekonomi digital
Photo: UN Global Compact Malaysia & Brunei Twitter

Rangkaian ini juga berfungsi untuk membangkitkan, mengaktifkan dan mempercepatkan perniagaan Malaysia dan Brunei untuk menjadi lebih mampan dan menguntungkan.

Pemantauan kemampanan ekonomi digital

MoU tersebut telah dibangunkan berdasarkan kerjasama sedia ada antara kedua-dua organisasi menerusi Laporan Kemampanan Perniagaan Pulse 2022, iaitu MDEC bertindak sebagai rakan kongsi.

Laporan yang dilancarkan pada 14 Julai 2022 berkenaan, menyasarkan untuk memperoleh pemahaman tentang sejauh mana perniagaan di Malaysia bersedia dalam adaptasi, mengukur, mengurus dan memantau kemampanan organisasi masing-masing. 

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz berkata pendekatan awam-swasta ke arah menerajui tindakan kemampanan adalah penting dan telah dijadikan sebagai keutamaan dalam pembangunan negara seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) iaitu selari dengan Agenda Pembangunan Mampan 2030 dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs). 

kemampanan dan tindakan iklim dalam ekonomi digital
Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz. Photo: MDEC

“Kemampanan bukanlah sesuatu perkara yang baharu malah ia merupakan matlamat penting yang berkembang seiring dengan pembangunan ekonomi digital.

“Sebagai agensi peneraju dalam menjadikan Malaysia sebuah negara digital yang kompetitif di peringkat global, MDEC sangat komited dalam menggalakkan adaptasi amalan kemampanan dalam ekosistem ekonomi digital. 

Integrasi matlamat SDG

“Perniagaan mungkin berdepan kesukaran untuk mengintegrasikan matlamat SDGs berkenaan. Justeru, MoU hari ini, merupakan sebahagian daripada usaha untuk menangani cabaran berkenaan dengan membantu menyediakan sumber dan bahan tindakan yang boleh diadaptasi oleh perniagaan untuk mencapai matlamat SDGs,” kata beliau lagi.

Manakala, Pengarah Eksekutif UNGCMYB, Faroze Nadar berkata ekonomi digital akan menjadi nadi kepada pembangunan global pada masa depan dan ia akan memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan pelaksanaan pembangunan yang mampan. 

kemampanan dan tindakan iklim dalam ekonomi digital
Photo: UN Global Compact Malaysia & Brunei Twitter

“Menerusi kerjasama dengan MDEC, kami berhasrat untuk menjadikan ekosistem ekonomi digital Malaysia sebagai pemangkin kepada pembinaan negara yang mampan dan sebagai penyumbang global kepada pencapaian matlamat SDGs,” tambah Faroze lagi. 

Selain itu, selaras dengan keutamaan Kerajaan, MoU ini akan menjadi platform negara untuk terus membina pertumbuhan ekonomi yang mampan serta inklusif kepada semua dan memastikan tiada siapa yang terpinggir.

Malaysia juga kekal komited kepada tindakan iklim dan sedang berusaha menjadi negara neutral karbon menjelang 2050, seperti yang digariskan dalam RMK-12.

Kerajaan menyasarkan pengurangan sehingga 45 peratus intensiti pelepasan gas rumah hijau dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030, berbanding dasar pada 2005 iaitu untuk mencapai 31 peratus campuran tenaga boleh diperbaharui menjelang 2025.

Avatar photo

Admin

CJ Editor writes, edits and publishes stories and press releases. Please contact for any queries or press release submissions.