Pecah tanah kemudahan infrastruktur penduduk Kg Pusu esok

Pecah tanah kemudahan infrastruktur penduduk Kg Pusu esok

Majlis upacara pecah tanah akan dirasmikan oleh pengerusi jawatankuasa tetap hal ehwal islam, adat-adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam, Datuk Dr Hasan Ali kira-kira jam 9.30 pagi pada keesokan harinya.

Masalah kemudahan infrastruktur awam dihadapi penduduk Kampung Sungai Pusu, Gombak sejak sekian lama dijangka selesai apabila kerja menaik taraf jalan dan segala kerja berkaitan akan dilaksanakan mengikut tempoh ditetapkan.

Majlis upacara pecah tanah akan dirasmikan oleh pengerusi jawatankuasa tetap hal ehwal islam, adat-adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam, Datuk Dr Hasan Ali kira-kira jam 9.30 pagi pada keesokan harinya.

Pegawai teknikal pejabat exco kerajaan negeri, Shaiful Rahman berkata dengan adanya kerja pelebaran jambatan baru dapat memberi keselesaan kepada penduduk sekali gus memudahkan pengangkutan awam seperti bas keluar masuk ke kawasan berkenaan.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Menurutnya, selain itu, kerja pelebaran jalan dan pemasangan lampu jalan akan dilaksanakan di seluruh kampung dalam jangka masa panjang.

“Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, Datuk Ir Abdullah Abdul Rahman dijangka hadir pada majlis tersebut yang akan diadakan bertempat di dewan orang ramai Kampung Sungai Pusu,” katanya dihubungi Komunitikini, petang tadi.

Difahamkan, syarikat kontraktor Fiber Innovative Sdn Bhd  diberi tanggungjawab sepenuhnya bagi kerja penyelenggaran dan menaiktaraf jalan tersebut.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Syarikat kontraktor itu akan melaksanakan kerja menaiktaraf jalan sepanjang jalan 3.1 kilometer dijangka siap dalam tempoh 20 minggu.

Antara skop kerja sistem saliran, pembinaan longkang, menaiktaraf dan membina pembentong, perabot jalan serta pemasangan lampu jalan dipantau oleh wakil pegawai penguatkuasa JKR Gombak.