Wanita mengaku sukar buang tabiat suka mencuri

Wanita mengaku sukar buang tabiat suka mencuri

“Saya mempunyai wang untuk membayar barang yang saya ambil tetapi tabiat suka mencuri menyebabkan saya terdorong melakukan kesalahan ini walaupun salah disisi undang-undang,” ujar Lee Siew Lee.

Seorang wanita bekas penagih dadah yang mengaku mempunyai tabiat suka mencuri, dipenjara lima hari dan didenda RM2,000 atau penjara enam bulan, setelah mengaku melakukan kesalahan itu minggu lepas.

Lee Siew Lee, 32, diperintah oleh Majistret Hafizza Sauni, menjalani hukuman itu bermula tarikh dia ditangkap pada 4 Nov kerana mencuri sebotol minyak ikan dan sebotol cecair lain berjumlah RM178.80 di Watson’s Sungai Wang Plaza, Jalan Sultan Ismail di sini pada 7.10 malam.

Terdahulu, Lee dalam rayuannya memohon supaya hukuman yang ringan dikenakan terhadapnya, berkata dia tidak berniat untuk melakukan kesalahan itu.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Saya mempunyai wang untuk membayar barang yang saya ambil tetapi tabiat suka mencuri menyebabkan saya terdorong melakukan kesalahan ini walaupun saya tahu ia salah di sisi undang-undang.

“Saya sudah menyesal kerana sebelum ini saya pernah masuk pusat pemulihan dadah dan saya tidak mahu masuk penjara atas kesalahan mencuri,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nurmadiana Mamat memohon supaya hukuman yang berat dikenakan terhadap Lee kerana kes seumpama itu semakin meningkat.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Ibu tertuduh membayar denda itu.

-BERNAMA