Rantau Panjang: 475 mangsa banjir

Rantau Panjang: 475 mangsa banjir

Bacaan paras air sungai itu pada pukul 8 pagi ini ialah 9.89 meter yang masih melebihi tahap bahaya 9 meter.

Keadaan banjir di Rantau Panjang setakat 8 pagi ini tidak berubah dengan jumlah mangsa yang berada di tiga pusat pemindahan di sini kekal 475 orang.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata kesemua mereka yang membabitkan 121 keluarga itu ditempatkan di stesen kereta api lama, Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi dan Sekolah Kebangsaan Tok Deh.

Beliau berkata sejumlah 410 orang ditempatkan di stesen kereta api lama, iaitu penduduk Kampung Kedai Lama, Kedap dan Kampung Dangar.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Selain itu, 42 penduduk lagi dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi yang terdiri daripada penduduk Kampung Banggol Kulim dan Bandang Guchil manakala di Sekolah Kebangsaan Tok Deh pula seramai 23 orang yang terdiri daripada penduduk sekitar, katanya kepada Bernama.

Jurucakap itu bagaimanapun menjangkakan jumlah itu akan beransur kurang mulai hari ini berikutan paras air Sungai Golok yang terus surut.

Bacaan paras air sungai itu pada pukul 8 pagi ini ialah 9.89 meter yang masih melebihi tahap bahaya 9 meter.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

“Paras air Sungai Golok dijangka terus surut berikutan cuaca cerah tanpa hujan sejak dua hari lalu,” kata jurucakap itu.

Tiada jalan utama yang ditutup kepada kenderaan melainkan satu laluan alternatif yang menghubungkan Rantau Panjang dan Jeli di Kampung Lalang Pepuyu yang ditutup kepada kenderaan ringan.

Keadaan yang baik itu juga membolehkan zon bebas cukai Rantau Panjang bakal beroperasi semula seperti biasa setelah kebanyakan premis ditutup sejak tiga hari lalu berikutan limpahan air sungai itu.

Tiada kemalangan jiwa akibat banjir dilaporkan sehingga kini dan cuaca di Kelantan pada pagi ini cerah.

– Bernama